Harian Metro

Isu bookie bukan perkara remeh

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Shah Alam: Nampak kesilapan mudah namun menimbulka­n pelbagai spekulasi sekali gus mendorong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan siasatan lanjut termasuk kemungkina­n memanggil pemain atau pegawai perlawanan Perlis menentang Johor Darul Tak’zim yang dikatakan ada unsur bookie.

Perkara itu disahkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, malah pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam dan dirujuk kepada bahagian integriti untuk diambil tindakan susulan.

“Saya sudah sedia maklum dengan perkara ini dan berbincang dengan Kevin sebelum merujuk kepada bahagian integriti bagi memantau pasukan itu.

“Setakat ini belum ada lagi keputusan berkaitan perkara itu,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), di sini, semalam.

Sebelum ini, Perlis menentang JDT II yang berkesudah­an 1-2 menyaksika­n gol kedua pasukan pelawat menimbulka­n persoalan kemungkina­n terdapat unsur penjualan perlawanan atau bookie.

Gol berkenaan terhasil akibat kesilapan mudah daripada pertahanan pasukan tuan rumah di minit terakhir perlawanan sekali gus menimbulka­n spekulasi barisan pemain Perlis sudah hilang semangat gara-gara tunggakan gaji.

Namun, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafaie menjelaska­n ia kesilapan pemain dan lumrah bola sepak sekali gus menolak ada unsur bookie atau jual perlawanan.

 ?? Hamidin ?? Setakat ini belum ada lagi keputusan berkaitan perkara itu”
Hamidin Setakat ini belum ada lagi keputusan berkaitan perkara itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia