Harian Metro

Pilu di sebalik tragedi

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Tragedi menimpa Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau di kediaman keluargany­a di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau di sini, pagi kelmarin memang sangat memilukan.

Lebih menyayat hati apabila melihat keadaan rumah didiami lapan beranak termasuk arwah dan neneknya yang berusia 86 tahun itu uzur serta tidak selamat didiami.

Keadaan mereka itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri Abdul Yunus Jamhari yang hadir menziarahi ke kediaman keluarga berkenaan malam kelmarin.

Abdul Yunus yang hadir bersama Ahli Majlis Daerah Kerian menyampaik­an bantuan awal sumbangan kerajaan negeri bagi meringanka­n beban keluarga itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau bukan saja terkejut dengan kejadian itu, malah turut tersentuh hati melihat kediaman mangsa yang terlalu uzur.

“Saya bersimpati pada keluarga ini di atas kejadian yang menimpa anak keempat mereka.

“Hasil kunjungan ini amat mengejutka­n kerana keadaan rumah mereka uzur dan tidak selamat diduduki.

“Dengan keadaan sedemikian sudah pasti keluarga ini layak dibantu dan saya sendiri akan usahakan bantuan sewajarnya terhadap keluarga ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Pegawai Daerah Kerian bagi membolehka­n keluarga berkenaan memiliki rumah di Rancangan Perkampung­an Tersusun (RPT) di Bagan Tiang, Tanjung Piandang yang dalam proses pembinaan.

Sementara itu, tinjauan di kediaman keluarga itu mendapati suasana sugul menyelubun­gi ahli keluarga dan penduduk kampung.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang uzur dan tidak selamat didiami.
KEADAAN rumah yang uzur dan tidak selamat didiami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia