Harian Metro

Digugur, bukan direhatkan

-

Kuala Lumpur: “Saya digugurkan, bukan direhatkan. Sepatutnya pihak penganjur kena berterus terang,” kata penyanyi Suhaimi Saad berhubung kenyataan penganjur Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM, KGM Event dia direhatkan daripada konsert itu yang akan berlangsun­g di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pada 20 April ini.

Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam berkata, keputusan itu tidak adil kerana cara hidup dan isu peribadi tidak berkaitan dengan kerjayanya.

Suhaimi juga menafikan penganjur ada berbincang dengannya sebelum membuat keputusan.

“Minggu lalu penganjur menghubung­i saya untuk mengesahka­n urusan berkaitan pembayaran dan minta saya tetapkan tarikh.

“Namun beberapa hari lalu mereka menghubung­i semula memaklumka­n terpaksa batalkan pembabitan saya kerana ada penaja tidak bersetuju atas sebab isu peribadi dan kontrovers­i melanda saya sejak kebelakang­an ini.

“Ia tidak adil buat saya.

Ini kerana pendirian, cara hidup dan isu peribadi saya tidak berkaitan dengan kerjaya dan komitmen kerja saya.

“Mereka sendiri mengakui saya selalu komited.

Apapun, mereka berhak membuat keputusan kerana mereka penganjur dan saya hormati dan terima keputusan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Suhaimi berkata, penganjur tidak menyebut langsung perkataan direhatkan kepada dirinya sebaliknya menggunaka­n istilah ‘tak ada rezeki kali ini’.

“Perkataan direhatkan bukan istilah yang baik dan tepat kerana saya bukan artis naungan atau pemain bola sepak persatuan mereka. Ada perbezaan ketara pada dua istilah itu,” katanya.

 ??  ?? SUHAIMI
SUHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia