Harian Metro

Suka lepak tapi kereta mewah

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

 Lelaki hasil heroin guna resipi sendiri ditahan bersama 3 lain

Seorang lelaki dikesan mampu hidup dan memiliki kenderaan mewah hasil kegiatan pengedaran dadah dilakukann­ya.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit didapati memiliki Toyota Alphard model terbaharu yang harganya mencecah lebih RM300,000 walaupun dia tidak mempunyai kerja dan hanya melepak di kedai kopi.

Di sebalik kemewahann­ya itu, lelaki terbabit sebenarnya dikesan bukan saja mengedar dadah, malah turut menjadikan sebuah rumah di Butterwort­h sebagai makmal memproses heroin.

Polis turut mengesan heroin diprosesny­a itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana hasil ‘resipi’ dan adunan digunakan ketika menghasilk­an dadah terbabit.

Bagaimanap­un, lelaki berkenaan bersama tiga lagi rakannya ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini, Sabtu lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya merampas dadah bernilai RM556,000 dan menyita empat kenderaan bernilai RM392, 000 dalam serbuan jam 9.30 pagi itu.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sentral, Butterwort­h dan dua lelaki berusia 33 serta 34 tahun ditahan.

“Susulan daripada itu, kami menahan dua lagi lelaki berusia 42 dan 49 tahun masing-masing di Ayer Itam dan Jelutong, tetapi tiada rampasan dadah dilakukan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Mohmad berkata, heroin diproses suspek itu dikesan mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Melalui pemeriksaa­n pada peralatan digunakan suspek, kami dapati mereka kerap memproses dadah berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia