Harian Metro

Payudara lelaki lebih agresif

- BERNAMA

 Nisbah kemungkina­n seorang dalam 100,000 namun perlu berwaspada

Kanser payudara sinonim dengan wanita, namun penyakit yang boleh membawa maut itu juga sebenarnya boleh menyerang lelaki, malah komplikasi dialami pesakit lelaki lebih teruk kerana sel kanser yang menyerang lebih agresif.

Pakar Bedah Am Kedah Medical Centre (KMC), Dr Khairun Nizam Mobin berkata sekurang-kurangnya ada lima jenis kanser payudara dan kajian mendapati misalnya seorang lelaki mendapat kanser jenis ‘A’ dan wanita menghidap kanser sama, peluang pesakit wanita pulih lebih tinggi.

“Punca sel kanser payudara lebih agresif kepada lelaki tidak dapat dipastikan, cuma kami dapati selepas rawatan, ubat untuk pesakit lelaki kurang bertindak balas.

“Lelaki tidak banyak hormon estrogen pun untuk disekat, mungkin kanser ini jadi agresif sebab tiada benda nak ditahan,” katanya.

Katanya, walaupun nisbah risiko bagi seseorang lelaki menghidap kanser payudara hanya satu dalam 100,000 (1:100,000), namun perkara itu tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya ujian saringan awal perlu dilakukan jika mereka ada simptom kanser payudara.

“Jika ada ketulan, bengkak, perubahan pada kulit, payudara besar tiba-tiba atau keluar nanah atau darah dari puting, sila jumpa doktor untuk pemeriksaa­n lanjut. Seperti wanita, lelaki juga boleh menjalani

untuk mengesan kanser pada peringkat awal,” katanya.

Ditanya bagaimana kanser payudara boleh menyerang lelaki, Dr Khairun Nizam berkata kebiasaann­ya ia bersifat atau berlaku dengan sendiri tanpa punca khusus.

“Tapi kita tidak menolak kemungkina­n lebih kurang sama seperti pesakit wanita iaitu ada sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara atau faktor genetik,” katanya.

Beliau berkata kesedaran yang kurang atau stigma golongan lelaki yang beranggapa­n mereka tidak berisiko hidap kanser payudara kadang kala menyebabka­n pesakit mengesanny­a ketika di tahap akhir dan penularan sel kanser tidak dapat dikawal.

“Sangat penting mengesan kanser payudara lebih awal supaya rawatan lebih berkesan dan peluang untuk sembuh lebih tinggi.

“Antara rawatan dijalankan seperti pembedahan membuang sebahagian kawasan sel kanser, radioterap­i dan rawatan sokongan susulan untuk membolehka­n pesakit meneruskan kehidupan,” katanya.

Dr Khairun Nizam berkata pesakit yang selesai menjalani rawatan dan disahkan bebas kanser disarankan menyertai kumpulan sokongan, mendapatka­n kaunseling secara konsisten serta mengamalka­n gaya hidup dan pemakanan sihat kerana penyakit itu boleh berulang.

Dalam pada itu beliau juga mengingatk­an pesakit yang baru disahkan menghidap kanser payudara supaya tidak mudah terpengaru­h dengan testimoni pelbagai produk kesihatan atau suplemen di pasaran, sebaliknya perlu mengikut nasihat doktor.

“Memang mereka guna duta yang bebas kanser, tapi cerita di sebalik itu mereka tak beritahu. Pesakit ini sembuh disebabkan rawatan seperti pembedahan dan radioterap­i di hospital, bukan makan produk mereka semata-mata.

“Ada juga sesetengah pesakit takut menjalani pembedahan kerana bimbang tidak normal Tapi sebenarnya pembedahan rekonstruk­tif boleh dilakukan untuk mendapatka­n kembali bentuk payudara hampir sama seperti asal,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting pesakit perlu merujuk pakar bedah kosmetik bertauliah. Akibat tertekan dengan masalah, selain berdepan tindakan mahkamah dipercayai menjadi punca seorang warga emas membunuh diri di rumahnya di Taman Mutiara di sini, semalam.

Lelaki berusia 72 tahun itu ditemui tergantung di ruang tamu oleh anak dan menantunya jam 8.15 pagi tadi.

Menurut anak lelaki mangsa yang enggan dikenali, bapa sepatutnya hadir ke Mahkamah Kangar pagi semalam bagi mendengar sebutan semula satu kes membabitka­n bapanya itu.

“Memang tak sangka perkara ini berlaku sebab kami berjanji membawanya ke mahkamah pagi ini (semalam).

“Apabila sampai di depan rumah ayah, kami hairan pintu rumah tidak berkunci.

“Sejurus membuka pintu, kami menemuinya dalam keadaan demikian,” katanya di rumah bapanya, semalam.

Lelaki itu berkata, dia percaya ayahnya mengalami tekanan yang melampau sehingga bertindak sedemikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia