Harian Metro

MEMORI DIRAJA

- Mohd Anwar Patho Rohman am@hmetro.com.my

 Al-Sultan Abdullah bersama

Tunku Azizah berkenan saksikan koleksi gambar pemerintah­an diraja, The Monarch

Kuala Lumpur

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksika­n koleksi gambar pemerintah­an diraja

yang diadakan di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar, semalam.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum

Sultan Iskandar tiba di Galeri Prima kira-kira jam 11 pagi.

Selepas menandatan­gani buku pelawat, baginda berdua seterusnya meluangkan masa hampir 30 minit menyaksika­n semua 81 gambar yang dipamerkan di Galeri Prima.

Hadir sama mengiringi baginda berdua dalam lawatan bersejarah itu, Pengerusi Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Pengerusi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Tan Sri Ismail Omar.

Turut serta, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarah Eksekutif Berita Editorial dan Operasi Media Prima, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Pameran yang berlangsun­g mulai 2 Februari sehingga Rabu ini menampilka­n sebanyak 81 gambar dan salinan artikel serta laporan akhbar mengenai pemerintah­an beraja yang diadakan sempena pemasyhura­n Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong, 31 Januari lalu.

Lebih istimewa, terdapat juga bahagian khas yang hanya menampilka­n pameran berkaitan Al-Sultan Abdullah termasuk gambar pada hari dimasyhurk­an

 ??  ?? AL-Sultan Abdullah menandatan­gani buku lawatan sambil disaksikan Tunku Azizah dan Ismail.
AL-Sultan Abdullah menandatan­gani buku lawatan sambil disaksikan Tunku Azizah dan Ismail.
 ??  ?? AL-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan melihat pameran bergambar The Monarch.
AL-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan melihat pameran bergambar The Monarch.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia