Harian Metro

Beli ‘penthouse’ RM2.9j untuk tipu

- Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Sindiket dari China buka markas perjudian dalam talian di Kuala Lumpur tumpas

Licik apabila satu sindiket perjudian dalam talian dari China dikesan menjadikan ibu kota sebagai pusat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa negara Tembok Besar itu.

Malah, dalang sindiket yang hanya menyasarka­n pelanggan dari negara itu sanggup melabur RM2.9 juta membeli sebuah rumah jenis penthouse di Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat operasi.

Difahamkan, sindiket berkenaan beroperasi sejak empat bulan lalu dengan pendapatan dianggarka­n mencecah RM2.16 juta sebulan.

Bagaimanap­un, sindiket berkenaan tumpas dengan penahanan 34 pekerja pusat panggilan itu di sebuah rumah di Jalan Ceylon di sini, malam Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua suspek yang ditahan berusia 21 hingga 46 tahun adalah warga China.

“Sepasukan polis Bahagian Antimaksia­t, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Ceylon dan menahan 31 lelaki serta tiga wanita warga China.

“Hasil pemeriksaa­n, kami merampas 20 set komputer, 16 komputer riba, 54 telefon bimbit pelbagai jenama dan satu unit modem dengan nilai dianggarka­n RM300,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam. Beliau berkata, premis berkenaan dijadikan pusat panggilan bagi satu sindiket mempromosi­kan perjudian atas talian kepada pelanggan warga China melalui aplikasi WeChat sebelum mereka akan berinterak­si dan membuat transaksi kredit untuk tujuan berjudi.

“Semua tangkapan direman 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(B) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ditanya mengapa Malaysia dipilih sebagai lokasi menjalanka­n operasi sedangkan pelanggan sindiket berkenaan adalah warga China, Mazlan berkata, hukuman lebih ringan berbanding di negara itu menjadi faktor sindiket beralih ke Malaysia.

“Malah, aktiviti mereka juga sukar dipantau pihak berkuasa China jika mereka beroperasi di negara lain, sekali gus lebih selamat.

“Dalang sindiket juga membeli rumah penthouse di tingkat 43 sebagai langkah berjaga-jaga daripada dikesan pihak berkuasa Malaysia. Bagaimanap­un, kami sentiasa bertindak tegas berlandask­an undang-undang terhadap penganjur dan pelanggan judi online,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada sindiket perjudian atas talian dari China.
MAZLAN (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas daripada sindiket perjudian atas talian dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia