Harian Metro

Gadis maut rempuh MPV

-

Johor Bahru: Seorang gadis maut sejurus motosikal ditunggang­inya gagal mengelak lalu merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas memasuki laluan bertentang­an.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, mangsa, Norfitria Idayu Mohd Zamri, 19, yang juga peniaga kedai makan disahkan maut serta merta di lokasi kejadian berhampira­n Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari Lima Kedai ke Gelang Patah.

“Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati nahas dipercayai berlaku apabila pemandu MPV yang dalam perjalanan dari Gelang Patah ke Lima Kedai terbabas akibat mengelak kereta lain yang terbabit kemalangan di hadapannya.

“Akibatnya, MPV itu melanggar tembok pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentang­an.

“MPV itu kemudian dirempuh motosikal mangsa. Pelanggara­n kuat itu menyebabka­n mangsa parah di kepala dan badannya manakala pemandu MPV hanya cedera di kaki,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dzulkhairi berkata, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk menjalani bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

 ??  ?? KEMALANGAN maut yang meragut nyawa Norfitria Idayu.
KEMALANGAN maut yang meragut nyawa Norfitria Idayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia