Harian Metro

Sekat sumber

-

Semua aktiviti yang dikaitkan dengan terrorisme tidak dapat lari daripada membicarak­an kaitannya dengan sumber wang atau dana. Selepas insiden 11 September 2001, beberapa siri letupan bom dan serangan yang dikaitkan dengan keganasan berlaku di seluruh dunia termasuk di rantau Asia Tenggara dan Malaysia khasnya. Serangan sebegini hanya akan dapat dilaksanak­an jika mempunyai dana yang cukup untuk membeli bahan letupan.

Bahan peledak TNT, cecair kimia, wayar, fius, paip,

jam, telefon bimbit, jaket badan, periuk tekanan tinggi dan bahan asas yang boleh menghasilk­an bom buatan sendiri boleh dimiliki pengganas dengan mudah. Semua ini memerlukan modal untuk membeli dan seterusnya menghasilk­an bom yang mampu menyebabka­n kematian dan kerosakan. Malah membeli kenderaan yang sesuai untuk operasi, penginapan atau penyewaan rumah sebagai markas operasi dan membuat perjalanan dari satu kawasan ke kawasan juga adalah taktik yang berkait dengan dana.

Selama operasi dijalankan, keperluan harian, makan minum, komunikasi dan penginapan antara perkara asas yang diperlukan operator keganasan ini.

Senario kedua yang perlu sama-sama kita harus perhalusi adalah berkaitan dengan struktur kerajaan Negara Islam (IS). Dalam tempoh hampir lima tahun pentadbira­n IS di Iraq dan Syria, kira-kira 10,000 pejuang Daish yang majoritiny­a datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia berada di sana. Semua mereka ini memerlukan keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan.

Maka atas dasar itulah dana IS dalam jumlah yang besar amat diperlukan. Penaklukan telaga minyak di Mosul dan Tikrit, penjualan artifak bersejarah Iraq, sistem percukaian, rompakan bank, penyeludup­an, penjualan senjata api dan dadah serta pelbagai aktiviti berkaitan jenayah sudah diwujudkan dalam negara IS.

Dalam senario Malaysia dan rantau Asia Tenggara ini, dana bukan datang dari telaga minyak, ia lebih berpusat kepada aktiviti jenayah. Pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludup­an manusia, dadah, senjata api, perlanunan, pembunuhan, pencucian dan perpindaha­n wang haram antara aktiviti jenayah yang diwujudkan untuk membiayai kegiatan mereka.

Aktiviti jenayah berkaitan terorisme di Malaysia bermula dengan rompakan Southern Bank cawangan Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor pada 2001. Cubaan rompakan itu digagalkan pengawal keselamata­n kedua yang berada di bahagian dalam bank berkenaan. Mereka yang terbabit dalam rompakan ini adalah ahli Kumpulan Militan Malaysia yang mendapat suntikan ilmu dan taktikal daripada Jemaah

Islamiyah (JI) Malaysia.

KMM yang diasaskan dan dipimpin Zainon Ismail @ Cikgu Non. Cikgu Non adalah rakyat Malaysia terawal yang menjadi pejuang jihad di Afghanista­n. Melalui persetujua­n dan perancanga­n rapi Cikgu Non dan Abu Bakar Chik, akhirnya satu rompakan bank dipersetuj­ui untuk dilaksanak­an sebagai jalan mendapatka­n dana untuk membiayai aktiviti pengeboman dan perbelanja­an berkaitan. Malah KMM juga percaya merompak bank adalah dibolehkan kerana bank di Malaysia ini melaksanak­an sistem barat yang tidak Islamik dan mengamalka­n riba. Maka atas dasar ini mereka bersetuju merompak bank dan wang itu akan disalurkan bagi aktiviti keganasan.

Kes kedua yang berkaitan aktiviti jenayah ini adalah berkaitan pembelian senjata api seperti pistol dan bom. KMM juga pernah mengarahka­n pengikutny­a mengambil ‘barang’ yang akan diberikan seorang wakil dari Thailand di Kelantan untuk dibawa ke Kuala Lumpur pada 1999. Setelah sisoal siasat secara terperinci akhirnya diakui barang yang dikirim itu adalah sepucuk pistol dan sejumlah peluru.

JI juga mengarahka­n pengikutny­a mendapatka­n senjata api untuk tujuan operasi seperti di Puchong dan Klang, Selangor pada 2001 dan 2002. Alatan membuat bom seperti bahan peledak TNT, baja, paip, dan periuk tekanan tinggi berjaya dirampas polis. Pada 2015, polis juga mendedahka­n 10 bom tangan dibeli IS untuk tujuan operasi jihad di negara ini.

Seterusnya berkaitan aktiviti perlanunan dan penculikan. Kedua-dua jenayah ini bergerak seiring. Ini jelas dapat dilihat dengan aktiviti seumpamany­a di selatan Filipina dan perairan Sabah. Penculikan ahli perniagaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia