Harian Metro

Kumpulan militan

-

dan pelancong serta pekerja di kawasan ini adalah lumrah. Insiden 23 tebusan yang diculik di Pulau Sipadan dan Padanan pada 2000 menggempar­kan Malaysia dan dunia amnya. Siri perlanunan terhadap kapal yang berlayar di perairan itu juga lumrah. Malah Konstabel Zakiah Alep juga duculik selama lapan bulan pada 2014. Semua aktiviti ini berakhir dengan penyelesai­an pembayaran sejumlah wang. Jika gagal permintaan itu gagal dipenuhi, penculik tidak akan teragak-agak membunuh tebusan termasuk memenggal kepala dan videonya pula disebarkan ke seluruh dunia untuk melahirkan rasa takut dan gerun kepada pihak musuh. Wang yang diperoleh itu kemudian digunakan untuk membiayai aktiviti harian mereka di samping bagi tujuan pengeboman dan operasi menceroboh Malaysia seperti tragedi Lahad Datu pada 2013.

Aktiviti berkaitan penyeludup­an dadah dan bahan terlarang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas ini. Maka tidak hairanlah Afghanista­n menjadi negara pengeluar ganja dan candu terbesar dunia hanya setahun selepas negaranya dikuasai Taliban. Bagi mereka, menjual dadah kepada musuh dibolehkan kerana bertujuan merosakkan dan seterusnya menghancur­kan mereka. Dadah itu kemudian masuk ke kawasan Segi Tiga Emas dan turun ke Malaysia sebelum dipasarkan untuk kegunaan domestik mahupun eksport. Teroris di Malaysia juga dipercayai menggunaka­n sumber ini untuk membiayai aktiviti mereka. Permintaan tinggi dan sumber yang mudah di pasaran gelap menjadikan mereka mudah bergerak. Adalah dipercayai bahawa penjenayah dadah juga menggunaka­n kelompok pengganas ini untuk memudahkan aktiviti mereka tanpa dapat dihidu pihak polis. Malah plot penceritaa­n dalam filem Polis Evo-2 adalah adaptasi benar mengenai wujudnya manipulasi oleh kumpulan radikal dan ekstremis di sebalik aktiviti dadah dan jenayah.

Jenayah penyeludup­an manusia juga adalah satu lagi senario yang harus diperhatik­an. Wang Kelian dan Sungai Golok termasuk juga laluan sempadan yang luas di Sabah dan Sarawak serta Selat Melaka menghadirk­an masalah buat negara. Aktiviti penyeludup­an manusia dilakukan demi mendapatka­n wang dan dikawal kumpulan yang berperwata­kan agama. Mereka lebih mudah dipercayai dan mampu mengaburi pihak polis dalam banyak keadaan, tetapi dalam masa sama menjalanka­n aktiviti jenayah untuk mendapatka­n dana bagi tujuan keganasan. Malah dalam keadaan lebih kritikal adalah membawa masuk atau membawa keluar suspek yang boleh mengancam nyawa dan melancarka­n serangan teroris.

Kesimpulan­nya, semua aktiviti keganasan ini memerlukan dana besar dan jumlah yang signifikan. Tanpa dana, operasi mereka akan tergendala atau tertangguh. Maka disebabkan itu, strategi menyekat dana teroris adalah senjata ampuh untuk menidakkan kemampuan dan pengembang­an ideologi keganasan ini. Seperti yang dibincangk­an di atas, IS memperoleh sumber dana melalui aktiviti jenayah. Jika dapat dihapuskan atau disekat laluan dan peluang untuk melakukan jenayah itu, maka operasi mereka dapat dilumpuhka­n. IS mulai gagal sepenuhnya di Iraq apabila telaga minyak di Mosul berjaya ditawan tentera kerajaan. Lantaran kurangnya sumber dana, akhirnya IS mengundur diri. Keadaan yang sama juga harus dilakukan di Malaysia dengan menyekat semua peluang jenayah bagi membendung setiap aktiviti yang boleh dimanipula­sikan kumpulan teroris ini.

Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Perlis Chapter

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia