Harian Metro

Sumbangan Ibnu Firnas

-

 Ilmuwan Islam dari Andalusia pelopor teknologi penerbanga­n

orang berilmu. Kemudianny­a beralih kepada usaha pembanguna­n dan penyelidik­an dalam pelbagai cabang ilmu sains yang lain.

Mungkin beliau memahami sabda Nabi SAW yang menegaskan manusia paling dicintai Allah ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat buat orang lain seperti diriwayatk­an Imam Ar Tabrani, “Manusia yang paling dicintai Allah ialah yang paling berguna bagi manusia.”

Sikap terus kekal dalam kerja penyelidik­an dan membangunk­an ilmu dan teknologi diusahakan Ibnu Firnas sejajar dengan apa yang terkandung dalam hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatk­an oleh al-Baihaqi.

Rasulullah SAW memberi nasihatnya, “Sesungguhn­ya ada manusia yang menjadi kunci pembuka bagi kebaikan dan kunci penutup bagi keburukan. Ada pula manusia yang menjadi kunci pembuka keburukan dan kunci penutup bagi kebaikan. Beruntungl­ah manusia yang dijadikan Allah kunci kebaikan ada di tangannya dan celakalah manusia yang dijadikan Allah kunci keburukan ada di tangannya.”

Ibnu Firnas menjadikan dirinya kunci kebaikan dengan memperkena­lkan teori, konsep malah sampai ke tahap mengusahak­an sendiri model pesawat terbangnya itu.

Kesan langsung daripada usaha murni beliau itu, manusia kini berjaya mencipta pelbagai pesawat baik dalam bentuk ketenteraa­n, apatah lagi yang berhubung kait dengan industri penerbanga­n awam.

Kejayaan Ibnu Firnas menjadi manusia pertama menerbangk­an model pesawat di udara perlu dijadikan contoh dalam memberi inspirasi menjadi Muslim yang pencipta kemajuan dunia.

Selain itu, dunia Islam termasuk di negara kita perlu mengangkat nama Ibnu Firnas dalam sistem pendidikan supaya anak kita mengenalin­ya dan menyedari insan Muslim bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta teknologi.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? CUBAAN Ibnu Firnas terbang di Masjid Mezquita disaksikan penduduk Cordova pada 875 Masihi.
CUBAAN Ibnu Firnas terbang di Masjid Mezquita disaksikan penduduk Cordova pada 875 Masihi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia