Harian Metro

Koperasi SMK Subang Bestari jana RM802,418

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Enam koperasi sekolah menengah di negeri ini dikenal pasti berpotensi mencapai perolehan pendapatan lebih RM1 juta tahun ini.

Ia membabitka­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari Berhad, SMK Seri Puteri Berhad, SMK Bandar Baru Sungai Long, SMK Taman Jasmin 2 Berhad, SMK Jalan Tiga Berhad dan Sekolah Sultan Alam Shah Berhad.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, statistik pihaknya menunjukka­n semua sekolah itu berjaya mencatat nilai perolehan melebihi RM500,000 setahun.

“Koperasi SMK Subang Bestari Berhad memperoleh pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM802,418 diikuti SMK Seri Puteri Berhad (RM701,358) dan SMK Bandar Baru Sungai Long (RM698,479).

“Manakala, tiga lagi koperasi iaitu Koperasi SMK Taman Jasmin 2 Berhad RM650,794, SMK Jalan Tiga Berhad (RM515,617) dan Koperasi Sekolah Sultan Alam Shah (RM515,490).

“Semua sekolah itu merangkumi

Berhad keseluruha­n 2,406 koperasi sekolah di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Dialog Pengetua-Pengetua Koperasi Sekolah Selangor 2019 (Pengurusan Kewangan dan Pembanguna­n Perniagaan) di sini, semalam.

Hadir sama Naib Presiden ANGKASA, Mohamad Azmi Omaruddin, Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah dan Ketua Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Selangor, Sazali Baharudin.

Abdul Fattah berkata, sehingga kini ada sebanyak 276 koperasi sekolah di negeri ini membabitka­n keahlian seramai 268,204 orang.

“Aset bagi semua koperasi itu berjumlah RM42.8 juta dan menyumbang perolehan pendapatan sebanyak RM41.6 juta,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menyasarka­n sebanyak 50 koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan lebih RM1 juta tahun depan.

“Saya menasihatk­an semua koperasi sekolah supaya mempelbaga­ikan jenis perniagaan dan tidak hanya tertumpu kepada pembekalan peralatan sekolah semata-mata seperti bidang peruncitan dan kantin sekolah,” katanya.

 Enam koperasi sekolah menengah di Selangor berpotensi capai pendapatan lebih RM1 juta tahun ini

 ??  ?? ABDUL Fattah (tiga kiri) beramah mesra bersama pengetua yang hadir selepas merasmikan Program Dialog Pengetua-Pengetua Negeri Koperasi Sekolah 2019 di Hotel Aliya, Klang.
ABDUL Fattah (tiga kiri) beramah mesra bersama pengetua yang hadir selepas merasmikan Program Dialog Pengetua-Pengetua Negeri Koperasi Sekolah 2019 di Hotel Aliya, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia