Harian Metro

Nekad lapor perangai setan suami

-

Tidak tahan sering cedera akibat dipukul suami, seorang wanita di sini, nekad membuat laporan polis terhadap tindakan durjana suaminya itu.

Tindakan nekadnya itu dibuat tahap kesabarann­ya memuncak selepas suaminya yang berusia 44 tahun dengan sengaja meletakkan pisau di lehernya serta memukulnya dengan menggunaka­n paip plastik di kebun suaminya itu di Padang Serai pada 8 Januari lalu kerana mengesyaki­nya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hasil laporannya itu, suaminya berjaya ditahan di rumah mereka di Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini kelmarin untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad

Nasir Jaafar berkata, suspek ditahan sekitar jam 4.30 petang susulan laporan polis yang dibuat isteri suspek pada 9 Februari lalu berkaitan kejadian pada bulan lalu itu.

Menurutnya, mangsa cedera selepas teruk dipukul suaminya di kebun milik suspek dalam kejadian di Padang Serai itu.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang selepas suspek mengambil mangsa pulang daripada tempat kerja mangsa.

“Namun dalam perjalanan, isterinya itu tidak dibawa pulang terus ke rumah mereka tetapi sebaliknya dibawa ke kebun milik suspek.

“Ketika tiba di tempat kejadian, suspek meletakkan pisau di leher mangsa dan memukul mangsa dengan menggunaka­n paip plastik sehingga menyebabka­n mangsa mengalami sakit di kepala dan lebam di bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia