Penduduk mahu masjid
“Kami memerlukan sebuah masjid, hampir 50,000 penduduk di sini mahukan masjid,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Mohd Dali Abdullah.
Beliau berkata, penduduk menanti lebih tiga tahun pembinaan masjid berkenaan dengan surat terakhir daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan status terkini berkaitan permohonan itu.
“Pada Mac 2018, saya menerima salinan surat daripada JAIS kepada Menteri Besar yang memaklumkan pembinaan masjid itu tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesebelas Negeri Selangor (RMK-11).
“Memang kecewa kerana kami sudah memulakan kerja permohonan ini mengikut saluran yang betul sejak 2015 hingga kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), ” katanya di sini, semalam.
Turut hadir, Bendahari jawatankuasa itu, Mohd Amin Sarman.
Bandar Tasik Kesuma terletak dalam DUN Semenyih.
Mohd Dali berkata, tanah seluas lebih sehektar sudah diwartakan untuk pembinaan masjid berkenaan pada 2009.
Katanya, JAIS juga memberikan kebenaran kepada jawatankuasa untuk membina masjid di tanah berkenaan pada 2015.
“Kami juga menubuhkan unit wakaf yang bertanggungjawab menguruskan wakaf pembinaannya,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun hingga kini hanya RM200,000 berjaya dikutip melalui kutipan wakaf dan semua wang itu diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor dengan laporan transaksi setiap bulan.
Beliau berkata, jumlah itu terlalu sedikit kerana pembinaan masjid itu menelan
Tunggu lebih 3 tahun bina rumah ibadat di Masjid Bandar Tasik Kesuma
kos RM14 juta yang mampu memuatkan 2,000 jemaah.
Katanya, pihak swasta atau institusi kewangan pula tidak akan membantu atau menyumbang dana sekiranya tiada kerja pembinaan dimulakan.
“Sekarang semuanya tergantung dan senyap tanpa berita sedangkan ke ICU JPM sudah, ke JAIS sudah, ke kerajaan negeri pun sudah,” katanya.
Buat masa ini, Mohd Dali berkata, penduduk terpaksa bersolat Jumaat di beberapa surau dan masjid berbeza iaitu Surau Al-Kauthar di Fasa 3, Surau Institut Industri Jepun MARA (MJII), Surau Al-Ihsan dan Masjid Kampung Rinching yang terletak tiga kilometer jaraknya.
Dalam pada itu, menurutnya, mereka tidak menyalahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan status kelulusan itu.
ini masuk hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Tumpuan semua calon ialah bertemu empat mata dengan pengundi, kaedah ini lebih berkesan dan semakin digemari oleh mana-mana parti yang bertanding pada setiap pilihan raya.
Banyak isu yang dibangkitkan dan ditawarkan penyelesaiannya oleh calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional
(BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng, 54, atau lebih dikenali sebagai Pakcik Kentang.
Bagaimanapun hingga kini, Pakcik Kentang belum lagi turun padang berkempen kerana dimaklumkan berada di luar negara.
Sebagai contoh Muhammad Aiman berjanji memperjuangkan sebuah hospital manakala Zakaria menawarkan kudratnya untuk membantu menyelesaikan segala masalah orang Semenyih selagi termampu manakala Nik Aziz pula cuba menarik