Harian Metro

Tekad ibu demi anak OKU

-

 Warga emas ikuti kelas bahasa isyarat demi ajar zuriat baca, hafaz al-Quran

“Saya nak anak saya pandai membaca dan menghafaz al-Quran sebab itu saya datang belajar bahasa isyarat.

“Pada mulanya memang sukar untuk belajar, tetapi lama-kelamaan sudah pandai dan tidak kekok kerana selalu buat latihan,” kata warga emas, Zaharah Hamdan, 62, yang mengikuti kelas bahasa isyarat untuk orang normal sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, dia mula mengikuti kelas bahasa isyarat sebagai asas untuk berkomunik­asi dengan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat pendengara­n sejak dilahirkan.

“Anak saya, Johari Abdul Wahab, 32, tidak berkesempa­tan untuk belajar al-Quran kerana dia baru saja diterima bekerja di sebuah syarikat minyak. Saya mengambil inisiatif mengikuti kelas ini kerana tidak mahu anak saya terlepas belajar mendalami al-Quran.

“Apabila saya mengetahui Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat (OKU BERDAYA) ada mengadakan kelas bahasa isyarat dan al-Quran untuk orang normal, saya dan suami terus memohon untuk mengikutin­ya,” katanya di OKU BERDAYA di sini, semalam.

Muhammad Sirril Asrar, 20, berkata, dia belajar bahasa isyarat kerana mahu mengajar mereka terutama OKU cacat pendengara­n belajar mendalami al-Quran.

“Tujuan saya datang bersama-sama ibu dan ayah saya kerana mahu mendalami dengan lebih dekat huruf dalam bahasa isyarat.

“Dalam keluarga kami bukannya ada OKU cacat pendengara­n, tetapi niat kami hanya nak membantu mereka di luar sana yang tidak berpeluang belajar al-Quran.

“Setiap peserta akan diberi latihan mengenali huruf sebelum membaca al-Quran. Buat masa ini, kami diberi latihan mengenali abjad dan nombor dalam bahasa isyarat sebelum melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi OKU BERDAYA Syed Mohamad Abdullah berkata, kelas bahasa isyarat dan al-Quran itu diadakan setiap bulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi peluang kepada orang normal mendalami bahasa berkenaan.

Beliau berkata, kelas yang ditubuhkan sejak Januari 2017 itu mendapat sambutan memberangs­angkan kerana diadakan secara percuma selain dapat mendalami al-Quran menggunaka­n bahasa isyarat.

“Setakat ini, terdapat lebih 30 peserta yang mengikuti kelas ini. Kita akan mengajar mereka sampai pandai berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat dan membaca al-Quran,” katanya.

 ?? ROSELA ISMAIL ?? PELAJAR yang mengikuti kelas OKU BERDAYA.
ROSELA ISMAIL PELAJAR yang mengikuti kelas OKU BERDAYA.
 ??  ?? TENAGA pengajar Akademik Tahfiz Pekak Malaysia, Ustaz Ahmad Rozaimi Mohamed mengajar kelas bahasa dan mengaji isyarat bagi OKU pekak dan normal di Pusat Operasi OKU Berdaya Hulu Langat.
TENAGA pengajar Akademik Tahfiz Pekak Malaysia, Ustaz Ahmad Rozaimi Mohamed mengajar kelas bahasa dan mengaji isyarat bagi OKU pekak dan normal di Pusat Operasi OKU Berdaya Hulu Langat.
 ??  ?? ZAHARAH mengikuti kelas bahasa isyarat untuk memudahkan berkomunik­asi dengan anaknya.
ZAHARAH mengikuti kelas bahasa isyarat untuk memudahkan berkomunik­asi dengan anaknya.
 ?? Syed Mohamad ?? Setakat ini, terdapat lebih 30 peserta yang mengikuti kelas ini. Kita akan mengajar mereka sampai pandai berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat dan membaca al-Quran”
Syed Mohamad Setakat ini, terdapat lebih 30 peserta yang mengikuti kelas ini. Kita akan mengajar mereka sampai pandai berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat dan membaca al-Quran”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia