Harian Metro

MAF rai kanak-kanak, warga emas

-

Kuala Lumpur: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasai kanak-kanak, warga emas serta ibu dan bapa tunggal yang diraikan dalam majlis makan tengah hari anjuran Yayasan AEON Malaysia (MAF) di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.

Naib Presiden MAF, Kenji Fujita berkata, keraian ini adalah acara tahunan yang diadakan MAF bagi menambahka­n kegembiraa­n dan kebahagiaa­n kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 2004, MAF sentiasa komited menghulurk­an bantuan pada setiap perayaan utama di negara ini selain bencana alam.

“Tahun ini, MAF menambahka­n kegembiraa­n sambutan Tahun Baharu Cina dengan membawa kanak-kanak dari PPR Kampung Air Panas,

Setapak Jaya dan membeli-belah di AEON Mall AU2 dan AEON Bandar Puchong pada 26 Januari lalu.

“Setiap seorang menerima baucar RM200 untuk membeli sendiri pakaian serta kelengkapa­n yang diperlukan selain mendapat angpau RM50.

“Warga tua, ibu dan bapa tunggal juga turut dirai dengan sumbangan bernilai RM200 bersama barang dapur seperti beras, minyak dan keperluan lain bernilai RM100,” katanya.

Pengurus

Lesley Meh, 62, berkata, pihaknya sangat berterima kasih dan gembira diraikan dalam majlis yang meriah selain sumbangan diberikan MAF.

“Sebagai pengurus dan penjaga kanak-kanak ini, saya terharu melihat kegembiraa­n mereka ketika diberi peluang membeli pakaian, kasut dan keperluan menyambut Tahun Baharu Cina.

“Ini kerana selama ini mereka tidak pernah ada peluang seumpama ini dan hanya memakai pakaian yang dibelikan dan bukan pilihan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ham Jun Seong, 13, berasa sangat gembira dan terharu dengan ‘rezeki’ yang diterimany­a pada Tahun Baharu Cina ini.

“Saya sangat gembira kerana dapat membeli baju raya sendiri pada tahun ini kerana kebiasaann­ya saya hanya membeli baju yang diberikan atau dibelikan oleh ibu dan bapa.

“Saya juga seronok dapat merasai pengalaman kali pertama membeli-belah dengan rakan sekali gus menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina ini sesuatu yang cukup bermakna,” katanya yang menggunaka­n RM200 itu membeli dua seluar panjang dan dua seluar pendek.

Pada majlis itu, 150 kanak-kanak dan 80 warga emas serta ibu dan bapa tunggal hadir. Selain menikmati hidangan makan tengah hari, mereka juga dihiburkan dengan pertunjuka­n silap mata dan tarian singa yang nyata cukup menghiburk­an.

Hadir sama, Naib Presiden MAF dan Pengarah Urusan AEON Co. (M), Shinobu Washizawa, Pengerusi

AEON Co (M) Bhd, Datuk Iskandar Sarudin dan Pengerusi AEON Credit Service (M) Berhad, Ng

Eng Kiat.

 ??  ?? SHINOBU dan Kenji Fujita bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis Spread Our Love sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan MAF.
SHINOBU dan Kenji Fujita bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis Spread Our Love sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan MAF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia