Suri rumah nafi pindah wang aktiviti haram
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM815,260, dua tahun lalu.
Chang Lin San, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Tertuduh didakwa memindahkan wang iaitu masing-masing berjumlah RM400,000, RM310,000, RM75,260 dan RM30,000 daripada hasil aktiviti haram dari akaun semasa miliknya di cawangan Hong Leong Bank di Putrajaya antara Ogos hingga Oktober 2017.
Kesusahan hidup tujuh beranak memaksa mereka tinggal berhimpit di bawah rumah yang sempit di Kampung Kijang, di sini.
Bahagian bawah rumah pusaka milik arwah ibu bapanya itu dibina daripada lebihan simen, papan lapis dan kayu buangan yang dikutip menjadikannya sebagai tempat berteduh, Hariani Mat, 47, bersama enam anaknya yang berusia antara enam hingga 20 tahun.
Ketika memasuki ‘istana’ mereka, kepala terpaksa ditunduk kerana bimbang terhantuk di lantai rumah bahagian atas dan rumah yang didiami Hariani hanya ada dua bilik tidur serta ruang dapur yang sangat sempit.
Hariani berkata, mereka tinggal di bawah rumah itu sejak 14 tahun lalu kerana rumah pusaka kedua orang tuanya di bahagian atas dihuni tiga keluarga termasuk ibu dan bapa tirinya.
“Lagipun rumah pusaka berstruktur kayu itu terlalu uzur dan kalau kami menumpang, bimbang akan runtuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Bagaimanapun, Hariani risau memikirkan di mana mereka sekeluarga bakal ‘merempat’ kerana rumah
Tujuh beranak buntu kediaman tunggu masa dirobohkan pemilik tanah