Harian Metro

Berulang kali

-

DARI MUKA 34

Tanpa berselindu­ng, pelakon yang turut dikenali melalui drama Misteri Wan Peah dan Jurnal Suraya berasakan filem itu adalah masa untuk dia bersinar.

“Saya tidak pernah merungut dengan apa yang saya dapat. Yang penting adalah kekal dengan cara kerja berkualiti kerana ini adalah tempat saya bekerja.

“Jika benar filem ini membuatkan saya bersinar, saya bersyukur kerana mendapat watak yang ‘versatile’ dan penonton boleh melihat sendiri,” katanya.

Bercakap mengenai cabaran, Sasqia berkata, aksi dalam filem itu perlu dibuat sebaik mungkin untuk nampak realistik.

Katanya, apabila melakukan watak sebegitu, dia kena memastikan ‘momen’ itu sampai dan nampak ‘kuat’.

Untuk itu, dia belajar dan berlatih berulang kali supaya tidak nampak kekok kerana jika tidak, ‘momen’ itu tidak sampai kepada penonton.

Apatah lagi, dia mendakwa Syafiq seorang pengarah terperinci dan mahu melihat setiap elemen yang ada dalam babak betul-betul menyerlah di layar.

Disebabkan itu, Sasqia mendedahka­n ada beberapa babak perlu dilakukan berulang kali terutama ketika perlu ‘menumbangk­an’ Zul Ariffin sambil menekup mulut dengan kain.

“Mula-mula buat rasa macam kasihan tapi Syafiq kata dalam kamera tidak nampak cantik dan lembik. Zul pun sangat profesiona­l dan suruh saya buat betul-betul, jadi saya berusaha buat.

“Pada awal saya ingatkan sudah cukup kuat tapi pengarah suruh buat lagi sampai jadi,” katanya.

Sasqia turut mengulas watak nama sama dengan Elizabeth dalam Misteri Dilaila.

Katanya, dia yakin penampilan­nya akan tetap disedari walaupun digandingk­an dengan penyanyi serta pelakon yang namanya semakin ‘hangat di pasaran’.

 ??  ?? LIZZY tak suka tonton
cerita hantu.
LIZZY tak suka tonton cerita hantu.
 ??  ?? SASQIA puas hati dapat tonjolkan sisi profesiona­l.
SASQIA puas hati dapat tonjolkan sisi profesiona­l.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia