Harian Metro

‘tumbangkan’ Zul

-

“Saya tidak pernah takut siapa akan membayangi siapa sebab sudah memberikan kualiti terbaik. Paling penting, ini adalah cara saya yang tidak boleh dibandingk­an dengan sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, mengakui menerima tawaran berlakon filem Misteri Dilaila kerana dapat bekerja di bawah Skop Production dan Astro Shaw.

Katanya, wataknya tidak berat cuma dia tidak suka menonton cerita hantu.

Namun begitu, dia mendapat bantuan daripada pengarah dan kru lain dalam membawa watak sebagai Dilaila.

Lizzy berkata, selepas menonton lakonannya pada malam tayangan filem itu minggu lalu, dia mengakui boleh buat dengan lebih baik.

“Bekerja dengan Syafiq, dia yang yakinkan saya boleh buat,” katanya.

Tak sedar rupa dan fizikal hampir sama

sama. Sasqia dipilih sebab dia ada ketinggian yang sesuai kerana akan ada babak aksi dengan Zul.

“Lizzy pula, saya ambil konsep wajah baru. Saya nampak dia ada potensi peminat berbilang kaum, tambahan pernah tengok dia berlakon dalam drama terbitan Skop Production,

“Ditambah pula boleh menyanyi dan lagu runut filem ini dia yang nyanyikan,” katanya.

Misteri Dilaila ialah karya kelapan Syafiq terbitan bersama Skop Production dan Astro Shaw.

Selain Sasqia, Lizzy dan Zul Ariffin, filem itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Nam Ron, Mas Khan dan Kenji Sawahi.

Ia bakal ditayangka­n di 131 pawagam seluruh Malaysia dan selepas tiga minggu akan ditayangka­n di lebih 100 pawagam di

Jakarta serta seluruh

Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia