Sudah biasa dengan cacian
Scragg berhenti sebagai tukang kebun di universiti untuk teruskan minatnya berkaitan benda aneh
“Sisa manusia kebiasaannya spesimen perubatan lama atau tinggalan suku daripada pelbagai budaya di seluruh dunia. Kami menggunakan mayat yang dibakar atau ditanam tetapi setiap budaya mempunyai kaedah berbeza dan menghormati mereka dalam keadaan kekal.
“Sesetengah orang menganggap perbuatan itu tidak sopan atau salah kerana menjual sisa mayat sedangkan kita tidak mengetahui tradisi budaya masyarakat lain melainkan dengan kajian,” katanya.
Lima tahun lalu,
Scragg berhenti daripada kerjayanya sebagai tukang kebun di Universiti
Anglia Ruskin untuk meneruskan minatnya berkaitan benda aneh.
Hobinya bermula dengan menghabiskan masa berjam-jam mencari barangan menarik di eBay dan jualan but kereta serta mula memperkenalkan koleksinya pada pameran vintaj di Colchester Castle pada 2011.
Pelanggan Scragg terdiri daripada profesional perubatan sehinggalah jiran terdekat.
“Sesetengah orang tidak berpuas hati dengan cara saya mendapatkan wang tetapi pandangan saya adalah lebih baik memberi kepada orang yang menghargai daripada membuangnya.
“Sekiranya anda berminat dengan barangan aneh begini, tidak bermakna anda bermasalah. Jika ia bukan untuk orang seperti saya, sudah pasti tidak wujud pemahaman mengenai perubatan atau berkaitan penyelidikan,” katanya.
Scragg mengakui, tidak semua orang menyukai hobi luar biasanya dan dia sudah biasa menerima cacian.
“Seseorang meninggalkan tulisan tangan di luar kedai dengan mengatakan
‘anda dan kedai ini sungguh menjijikkan.’ Mungkin mereka fikir saya pembunuh haiwan sedangkan tidak ada apa-apa di sini yang menjejaskan hidup atau mati.
“Sebarang penggunaan bahan haiwan sudah mati secara semula jadi atau hasil kesan sampingan daripada manusia. Apa yang saya lakukan adalah kitar semula, saya tidak menjejaskan kehidupan saya dengan kitar semula si mati malah saya tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa,” katanya.- Agensi