Harian Metro

ARENA RAMPAS GELARAN

- AFP

 Holmes padam defisit 4 pukulan sebelum raih Terbuka Genesis

“Ia kemenangan yang besar,” kata Holmes, yang hanya sekali berada dalam kelompok 10 teratas musim 2018-19 sehingga minggu ini.

Holmes dan Thomas saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum Holmes gah berada di depan pada lubang ke-13, menerusi pukulan putt sejauh 12 kaki, manakala Thomas memerlukan empat putt untuk menyudahka­n aksi di lubang sama dengan double bogey.

“Dua putt tiga dan satu putt empat pada sembilan lubang terakhir,” kata Thomas selepas merekodkan empat di atas par 75 untuk mengumpul 271 keseluruha­n.

“Ketika melakukan putt tiga pada lubang ke-13, saya boleh rasakan angin menderu dan saya ketakutan, jadi saya pukul lebih kuat dan disebabkan itu saya terlepas lubang.”

Holmes masih mendahului satu pukulan apabila melakukan sejauh 11 kaki untuk mendapatka­n par selepas menemui bunker pada lubang ke-16, untuk par ketujuh berturut-turut.

“Dia bermain dengan hebat,” kata Thomas.

“Namun agak mengecewak­an apabila menyerahka­n gelaran itu kepadanya. Saya rasa saya patut menang kejohanan itu.”

Adam Scott, yang memulakan saingan hari itu, terikat dengan Holmes, gagal meneruskan cabaran dalam keadaan mencabar apabila mencatat lima di atas par 76.

Wakil Korea Selatan Kim Si-woo di tangga ketiga dengan lima di bawah par 66 dan 272 keseluruha­n, satu pukulan mengatasi pemain Australia Marc Leishman (68) dan sensasi Ireland Utara Rory McIlroy (69).

 ?? Justin Thomas ?? Agak mengecewak­an apabila menyerahka­n gelaran itu kepadanya. Saya rasa saya patut menang kejohanan itu” HOLMES (tengah) bersama isteri dan anaknya ceria bergambar dengan trofi yang dimenangi semalam.
Justin Thomas Agak mengecewak­an apabila menyerahka­n gelaran itu kepadanya. Saya rasa saya patut menang kejohanan itu” HOLMES (tengah) bersama isteri dan anaknya ceria bergambar dengan trofi yang dimenangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia