Harian Metro

Dah tak larat “S

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

aya merasakan hanya mempunyai tenaga terakhir untuk dihabiskan pada musim terakhir ini, memberikan segalanya apa yang saya ada sebelum saya menerokai alam baru dalam hidup saya,” kata ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang mengesahka­n akan bersara selepas tamat saingan Jelajah PSA Jun depan, selepas dua dekad mengecapi pelbagai kejayaan di dalam sukan berkenaan.

Menurut pemain berusia 35 tahun itu, ia adalah keputusan yang tepat buatnya bagi membuka lembaran baharu selepas ini namun pada masa sama dia mengakui akan terus kekal aktif di dalam sukan yang dicintainy­a itu. “Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesiona­l dan menikmati beberapa kejayaan. Saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumka­n persaraan pada penghujung musim

(gambar)

ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Juara dunia lapan kali ini kelahiran Pulau Pinang ini, berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian yang dikeluarka­n oleh Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) tahun lalu.

Undian berkenaan yang diadakan Ogos lalu, membabitka­n penyertaan daripada ribuan peminat dan pemain skuasy seluruh dunia.

“Saat ini memang semua atlet akan melaluinya, sekarang tiba giliran saya, bersedia untuk menerokai lebih daripada menjadi pemain jelajah profesiona­l. Saya sudah lama memikirkan perkara ini. Fikiran dan badan saya sudah bertarung untuk kekal pada tahap terbaik dalam tempoh lama,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia ini berdepan saat sukar sejak kebelakang­an ini dan tahun lalu buat kali pertama dia tidak berada dalam 10 pemain terbaik dunia selepas lebih satu dekad.

Nicol mengakui dia akan cuba untuk menabur bakti semula kepada sukan yang diceburiny­a sejak zaman remaja pada era 1990-an, dengan

 Nicol akan bersara selepas Jelajah PSA

menjalin kerjasama bersama PSA untuk meningkatk­an lagi kesedaran mengenai sukan ini secara meluas di seluruh dunia.

Dia juga akan memberi fokus kepada Yayasan Nicol David hasil kerjasama dengan PwC Malaysia dan bersedia untuk berkongsi pengalaman­nya melalui ceramah dan penulisan.

Dalam kesempatan itu, Nicol juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya termasuk keluarga, jurulatih, Liz Irving, peminat dan penaja.

“Terima kasih seikhlas hati kepada semua, Kementeria­n Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Pulau Pinang, semua persatuan skuasy yang membabitka­n saya sepanjang karier Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Persatuan Raket Skuasy Pulau Pinang dan Akademi Skuasy Pulau Pinang,” katanya.

Nicol yang sekarang ini berada di ranking 21 dunia, akan mengambil bahagian di Kejohanan Dunia di Chicago dari 23 Februari hingga 2 Mac ini, di mana dia diletakkan sebagai pilihan ke-13.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia