Harian Metro

TSG mahu pertahan kejuaraan individu

- Jumiati Rosly sukanteam@nstp.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) dijangka melakukan perubahan pelumba dalam misi mempertaha­nkan kejuaraan kategori individu keseluruha­n di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

“Kekuatan pasukan tidak seperti perancanga­n awal dan kita perlu merangka percaturan baharu dengan LTdL kekal menjadi keutamaan. Mungkin pertukaran pelumba akan berlaku,” jelas Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus.

Jelasnya, TSG turut dijadual menyertai dua lagi perlumbaan dalam tempoh singkat iaitu Tour of Taiwan (17 hingga 21 Mac) dan selain Tour of Thailand (1 hingga 6 April).

Tarikh LTdL 2019 yang dijadualka­n dari 24 hingga 31 Mac ditunda kepada 6 hingga 13 April susulan arahan kerajaan.

Menurut Nasarudin, keputusan akhir senarai pelumba juga bergantung kepada penilaian prestasi yang dilakukan ketua jurulatih, Jeremy Hunt selain laluan yang dimuktamad­kan penganjur LTdL 2019 nanti.

“Walaupun ada yang mengatakan laluan kali ini akan merangkumi pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands, kita masih perlu menunggu pengumuman rasmi laluan.

“Pada masa sama, kita bersetuju meneruskan kem latihan di Melbourne namun tempohnya akan dipanjangk­an berbanding sebulan sebelum ini,” katanya.

TSG melakar sejarah muncul pasukan tempatan pertama meraih kejuaraan individu keseluruha­n (jersi kuning) pada tahun lalu menerusi pelumbanya dari Russia, Artem Ovechkin.

 ??  ?? SHAHRUL Zaman (duduk dua dari kanan) bersama Presiden MCOBA, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddi­n (duduk dua dari kiri) ketika sidang media Kejohanan Ragbi Premier 7s MCKK di Bangunan MCOBA, semalam.
SHAHRUL Zaman (duduk dua dari kanan) bersama Presiden MCOBA, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddi­n (duduk dua dari kiri) ketika sidang media Kejohanan Ragbi Premier 7s MCKK di Bangunan MCOBA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia