Harian Metro

Liga hoki kian lesu

-

Kuala Lumpur: Bukan masalah kurang pasukan tapi kualiti menurun, itu pandangan yang diberikan oleh legenda hoki negara, Datuk Poon Fook Loke mengenai saingan Liga Hoki Malaysia (LHM).

Fook Loke mengakui bahawa beliau sendiri ada melihat beberapa perlawanan membabitka­n saingan liga, namun masalah utama sekarang ini adalah kualiti kejohanan sedangkan pemain yang beraksi adalah sama.

“Memang sudah tidak ada beberapa pasukan besar namun sekarang ini kita perlu melihat kepada kualiti kejohanan itu sendiri.

“Pemain yang mewakili beberapa pasukan besar, sebelum ini masih beraksi cuma menyertai pasukan lain saja. Begitu juga dengan sambutan peminat semakin

(gambar)

berkuranga­n,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Katanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan saingan LHM dan beliau tidak menolak kemungkina­n ia berkaitan dengan masalah kecergasan pemain.

“Sama ada mereka tidak cergas atau pun kurang komited. Sehinggaka­n pemain import pula senang-senang berkuasa. Tonggak import pula yang sudah digugurkan dari skuad kebangsaan.

“Saya rasa

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) harus melakukan sesuatu, seperti pengstrukt­uran semula liga dengan mengadakan­nya dalam tempoh lebih singkat tapi berkualiti,” kata Fook Loke.

Semalam, bekas jurulatih hoki negara, Paul Lissek mengutarak­an kebimbinga­n mengenai mutu LHM terutama selepas ketiadaan beberapa pasukan besar yang menarik diri untuk aksi musim ini.

Beliau mengakui apa yang berlaku sekarang ini mencetus tanda tanya sedangkan sebelum ini saingan liga hoki di Malaysia sangat meriah dengan kehadiran beberapa pasukan gergasi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia