Kata dua Sathia
Pengendali Selangor memberi amaran selepas pasukan itu tewas
Sama ada tukar pemain atau jurulatih yang bertukar. Itu antara rumusan pengendali Selangor B Satiananthan selepas melihat aksi longlai pasukannya
(gambar)
Kuala Lumpur: Kelab Liga Selangor, Batu Dua FC melakar sejarah tersendiri dalam saingan bola sepak Piala FA apabila menang besar 17-1 ke atas Rawang City FC pada perlawanan pusingan kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, malam kelmarin.
Bekas pemain kebangsaan, hingga dibolosi PKNS FC 0-4 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
Malah, Satiananthan juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu dan kemungkinan akan perbaiki kelemahan di barisan pertahanan serta serangan sebelum perlawanan seterusnya bertemu Pahang nanti.
Katanya, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menentukan kedudukannya selepas kekalahan memalukan terhadap pasukan yang boleh dianggap sebagai ‘adik’.
“Kalau sudah kena 0-4 memang agak menyedihkan, namun saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu yang dilihat memberi ruang kepada pasukan pelawat menjaringkan banyak gol.
“Saya hanya menunggu keputusan daripada pengurusan dan jika khidmat masih diperlukan, saya akan perbaiki segera kelemahan yang ada,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Satiananthan berkata, perlawanan malam kelmarin menyaksikan pertahanan skuad Gergasi Merah begitu longlai manakala penyudah serangan pula tidak menjadi.
“Kita kalah pada perlawanan malam ini (kelmarin) disebabkan pemain tidak menyempurnakan peluang yang ada dan membuat kesilapan mudah hingga dihukum pasukan pelawat.
“Saya mungkin akan buat perubahan apabila ada antara pemain yang dilihat gagal mempamerkan aksi cemerlang, malah gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.
Sementara itu, jurulatih PKNS, Datuk K Rajagobal mengakui sedikit perubahan yang dilakukan pada aksi terbabit membolehkan perancangannya berjalan dengan berkesan.
“Saya katakan kepada pemain, kita perlu berfikir mengenai kekuatan yang kita ada dan tidak perlu terburu-buru. Kita cuba untuk mengganggu keyakinan mereka. Kita bermain secara agresif pada permulaaan perlawanan namun nampak ia tidak begitu menjadi. Sebab itulah kita menukar taktikal dan menunggu peluang menerusi serangan balas pantas.
“Kita menunggu Selangor melakukan kesilapan dan kami berjaya mendapatkan gol. Walaupun selesa dengan kelebihan dua gol, pemain dapat mengekalkan disiplin sehingga memperolehi gol ketiga dan keempat,” katanya pada sidang media sama.