Harian Metro

Tujuh pasukan berdepan risiko tersingkir daripada liga

-

Kuala Lumpur: Berdepan kemungkina­n disingkir daripada saingan liga. Itu antara hukuman bakal diterima oleh tujuh pasukan apabila dokumen kewangan masing-masing yang dihantar Jumaat lalu tidak memenuhi standard yang ditetapkan.

Malah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin

berkata, pasukan berkenaan juga boleh dikenakan hukuman pemotongan mata atau denda bagi memberi pengajaran kepada mereka.

Beliau berkata, tindakan itu berdasarka­n keputusan dokumen berkenaan yang akan diketahui dalam minggu ini, jika pasukan terbabit gagal

(gambar)

memahuti syarat ditetapkan.

“Saya sudah berbincang dengan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mengenai perkara ini.

“Pada masa sama, saya juga meminta mereka membuat keputusan cepat supaya tidak mengganggu perjalanan liga nanti,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Pematuhan MFL Desmond Dominic Raju berkata, semua pasukan terbabit sudah menghantar dokumen cuma masih memerlukan maklumat tambahan untuk menyokong dokumen kewangan masing-masing.

Pasukan terbabit ialah Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang dan FELDA United.

Sebelum ini, tujuh pasukan yang berhadapan masalah tunggakan gaji perlu menghantar maklumat tambahan berkaitan status kewangan masing-masing dalam tempoh 48 jam bermula hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia