Harian Metro

Bas berapi tepi jalan

 Seramai 38 pelajar, pemandu tidak cedera

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Bas tiba-tiba berasap sebelum terbakar 100 peratus. Mujur pemandu bas segera memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan sebelum semua pelajar dilihat keluar menyelamat­kan diri,” ujar seorang saksi kejadian sebuah bas sekolah terbakar di Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru (arah Senai) di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.20 pagi semalam, semua 38 pelajar sekolah yang menaiki bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Api cepat merebak dan memusnahka­n seluruh badan bas sekolah berkenaan sebelum kedatangan jentera bomba,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Mohd Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.40 pagi sebelum sepasukan enam anggota membabitka­n sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Maklumat diterima memaklumka­n kebakaran bas sekolah hampir 90 peratus dalam kejadian berhampira­n Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru.

“Sebaik tiba, kami dapati 39 individu termasuk 20 murid lelaki, 18 murid perempuan dan seorang pemandu bas lelaki menyelamat­kan diri keluar dari bas,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba memadamkan api dalam tempoh kurang sejam dan menamatkan operasi jam 8.38 pagi.

“Kami menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian namun apa yang penting, semua murid dan pemandu bas selamat dalam kejadian itu,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video 20 saat menunjukka­n kebakaran bas sekolah berdekatan sebuah plaza tol di Senai, di sini.

Video itu merakamkan asap hitam keluar daripada bas berkenaan, namun keadaan lalu lintas berjalan seperti biasa.

Individu yang merakam video terbabit memberi maklumat dengan berkata ‘budak sekolah pun ada lagi, bas sekolah, bas sekolah’ (merujuk kebakaran bas).

Difahamkan, bas dan murid berkenaan dari Kulai dan dalam perjalanan ke sebuah sekolah swasta di pusat bandar raya ini sebelum pemandu berhenti di tepi jalan berikutan kebakaran kenderaan berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas sekolah di Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru (arah Senai), semalam.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bas sekolah di Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru (arah Senai), semalam.
 ??  ?? MURID yang menyelamat­kan diri keluar dari bas yang terbakar.
MURID yang menyelamat­kan diri keluar dari bas yang terbakar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia