Harian Metro

Anggota Geng 08 rupanya

 Suspek belasah wanita dalam lif MRT botakkan kepala elak ditahan

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Siasatan awal ke atas lelaki yang membelasah wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu adalah ahli kongsi gelap Geng 08 yang aktif di Klang, Selangor.

Malah, suspek yang diburu polis sejak video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian samun terbabit tular dikesan membotakka­n kepalanya bagi mengelak dikesan, selain disifatkan sebagai penjenayah solo ‘brutal’.

Bagaimanap­un, kelicikan suspek berusia 26 tahun itu berakhir apabila ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Taman Cheras, di sini, jam 8.10 malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketika serbuan suspek didapati mencukur rambut di dalam kediaman berkenaan.

“Pemeriksaa­n turut menemui baju yang digunakan suspek ketika kejadian dan motosikal Modenas Kriss dinaikinya bagi melarikan diri.

“Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah dilakukan suspek antaranya 19 telefon pintar, pelbagai kad bank dan peralatan disyaki digunakan bagi kegiatan pecah premis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata, hasil soal siasat suspek mengaku terbabit dalam lapan kes jenayah membabitka­n ragut, samun, dan pecah pejabat di sekitar daerah Cheras.

Katanya, suspek juga didapati mempunyai empat rekod jenayah membabitka­n kes mendatangk­an kecederaan dengan senjata, samun berkawan, memiliki dan menghisap dadah.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ekstasi dan syabu.

“Suspek bekerja sebagai juruservis pendingin hawa didapati aktif melakukan kegiatan jenayah sejak 2014 disyaki bagi menampung perbelanja­an untuk mendapatka­n dadah.

“Malah, suspek memang seorang penjenayah yang ‘brutal’ yang bertindak secara solo,” katanya.

Menurutnya, pada hari sama kejadian, lelaki itu juga didapati menyamun kedai serbaneka di Cheras, jam 6.40 pagi.

“Semakan juga mendapati suspek terbabit dalam kegiatan kongsi gelap, malah pada badannya terdapat tatu lambang kongsi gelap Geng 08.

“Suspek direman tujuh hari hingga 25 Februari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379, Seksyen 392, Seksyen 394 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan suspek membelasah mangsa ketika menaiki lif di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Berdasarka­n rakaman CCTV, mangsa yang menaiki lif seorang diri dipukul dan ditendang suspek sebelum melarikan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

“Pemeriksaa­n turut menemui baju yang digunakan suspek ketika kejadian dan motosikal Modenas Kriss dinaikinya bagi melarikan diri”

Mazlan Lazim

 ??  ?? SUSPEK dipercayai membelasah wanita dalam lif di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras ditahan.
SUSPEK dipercayai membelasah wanita dalam lif di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia