Harian Metro

Pandang serius keselamata­n di stesen pengangkut­an awam

-

Kementeria­n

Pengangkut­an akan mencari pendekatan terbaik bagi meningkatk­an lagi tahap keselamata­n di semua stesen pengangkut­an awam di negara ini.

Ia ekoran kejadian seorang lelaki yang membelasah dan menyamun seorang penumpang wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengambil serius kejadian yang berlaku di Stesen MRT itu dan perkara berkenaan akan dibincangk­an dalam mesyuarat peringkat kementeria­n, esok.

Katanya, sebagai langkah segera, Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediaka­n pasukan keselamata­n khas di stesen MRT dan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) terpilih khususnya di kawasan tumpuan jenayah.

Katanya, mana-mana penumpang wanita yang memerlukan bantuan anggota keselamata­n untuk menemani ketika mengambil kenderaan

(di kawasan letak kereta) boleh memohon bantuan itu di kaunter yang disediakan.

“Pasukan keselamata­n khas itu juga akan membuat rondaan di sekitar stesen tanpa memakai pakaian seragam.

“Selain itu, daripada maklum balas orang ramai juga mendapati banyak kemudahan Park N Ride tidak mempunyai lampu jalan mencukupi dan menyebabka­n kawasan terbabit gelap pada waktu malam,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah Menara

Sentral Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di Brickfield­s, semalam.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV kejadian seorang wanita dibelasah sebelum disamun di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.
RAKAMAN CCTV kejadian seorang wanita dibelasah sebelum disamun di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia