Harian Metro

Lelaki nafi noda teman wanita ‘Tak ingat apa berlaku’

-

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap pertuduhan merogol kekasih bawah umur, awal bulan ini.

Bagaimanap­un, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Rosly Muhamad Nawi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohammad Hafizal Najwa Zanuar, 22, didakwa merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang berusia 15 tahun dua bulan ketika kejadian.

Kejadian itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Machang, jam 11.15 malam, pada 1 Februari 2019.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Faizuan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan rogol adalah serius.

Mahkamah kemudian menetapkan pada 18 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan perubatan dan laporan kimia.

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, semalam yang dia tidak melihat orang ramai menyerang jentera

(FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Pemandu teksi, K Arumugam, 66, berkata, ia berikutan perhatiann­ya ketika itu tertumpu sepenuhnya terhadap jentera FRT yang secara tiba-tiba mengundur sebelum melanggar teksi Proton Exora dipandunya.

Ketika disoal Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah sama ada saksi ke-11 inkues itu ternampak sesiapa turun atau naik jentera FRT ketika itu, Arumugam menjawab ‘saya rasa gelabah dan takut selepas teksi dilanggar...saya tidak ingat apa yang berlaku.’

Terdahulu, saksi itu dalam keterangan­nya memberitah­u mahkamah, dia berada di tempat kejadian kerana mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampira­n dengan kuil itu selain laluan berkenaan tidak perlu membayar tol.

ZHAFRAN: Jadi, perhatian kamu di mana ketika FRT sedang mengundur?

ARUMUGAM: Perhatian saya sepenuhnya terhadap FRT yang mengundur ketika itu.

ZHAFRAN: Ketika pemerhatia­n itu, ada nampak sesiapa turun atau naik FRT?

ARUMUGAM: Saya rasa gelabah dan takut selepas van dilanggar... saya tidak ingat apa yang berlaku

ZHAFRAN: Sebelum perlanggar­an itu?

ARUMUGAM: Tak nampak.

Arumugam berkata, selepas teksi dipandunya dilanggar FRT, dia tidak dapat mengingati apa-apa mengenai kejadian itu disebabkan pening dan takut.

ZHAFRAN: Selepas dilanggar jentera FRT, kamu ada nampak tak van EMRS?

ARUMUGAM: Tidak kerana saya sudah pening.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Syazlin Mansoor yang mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Arumugam berkata, dia turun dari keretanya yang dilanggar jentera FRT hanya selepas orang ramai membantuny­a.

“Saya turun dari teksi selepas dilanggar FRT untuk melihat kerosakan pada kenderaan sebelum masuk semula ke dalam,” katanya pada hari ketujuh inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

ROFIAH: Berapa lama kamu duduk dalam kereta selepas dilanggar sebelum dibantu orang ramai?

ARUMUGAM: Lebih kurang 20 ke 25 minit.

ROFIAH: Kamu buat apa dalam kereta?

ARUMUGAM: Pening dan duduk sahaja.

ROFIAH: Duduk sahaja? Pandang ke mana?

ARUMUGAM: Duduk sahaja. Pening-pening...hanya sedar selepas pintu kereta dibuka orang ramai.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, 24, anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil berkenaan pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

 Pemandu teksi akui tak melihat orang ramai serang FRT dan EMRS

Prosiding inkues bersambung esok (Khamis).

 ??  ?? ARUMUGAM menjadi saksi ke-11, semalam.
ARUMUGAM menjadi saksi ke-11, semalam.
 ??  ?? MOHAMMAD Hafizal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.
MOHAMMAD Hafizal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia