Harian Metro

Namun Syabil Punya Hati

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Telatah mencuit perasaan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) menyanyika­n lagu Kumpulan Revolvers bertajuk Namun Ku Punya Hati bukan saja tular hingga dikongsi lebih 1,000 kali di pelbagai aplikasi media sosial sejak kelmarin, malah mendapat pelbagai reaksi positif netizen.

Video berdurasi tiga minit dan 46 saat nyanyian Muhammad Syabil Abd Khalid, 10, murid Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sadon Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, dekat sini, ditonton lebih 50,000 pengguna Facebook (FB) terutama menerusi pelbagai akaun komuniti daerah dan negeri ini.

Antara komen yang mendapat perhatian umum termasukla­h “Awak buat saya nangis sayang,” luahan pemilik akaun FB bernama Tyka Hanafiah yang nyata terharu menonton video berkenaan.

Selain itu, pengguna FB lain memberikan kata-kata semangat dan positif kepada anak syurga itu menerusi doa seperti “InsyaAllah syurga buat mu dik Shabil,” yang disampaika­n menerusi laman komen video yang dikongsi abang sulung Muhammad Syabil menerusi akaun FB Syhafiq Khalid.

Muhammad Syhafiq Abd Khalid, 28, memberitah­u tidak menyangka rakaman yang dibuat di rumah mereka di Felda Air Tawar 2, mendapat perhatian ramai.

“Mula-mula saya tidak sangka ramai yang suka dengan video berdurasi pendek dikongsika­n itu. Ini kerana video terdahulu tidak mendapat sambutan. Sebaliknya ramai orang nampak adik dan kenal dia, apatah lagi menyanyika­n lagu yang ada kaitan dengan dirinya,” katanya.

Menurutnya, rakaman video dibuat minggu lalu atas permintaan adik bongsunya yang mahu dikenali ramai.

“Dia minta saya rakam video kerana nak masuk televisyen. Dia teringin sangat mahu muncul di televisyen terutama dalam program Motif Viral yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

“Kira itulah impian adik bongsu kami dan saya hampir merealisas­ikannya apabila video itu dikongsi serta ditonton orang ramai,” katanya.

Menurutnya, selain merakam video dan menyanyika­n lagu di rumah, adiknya turut dipanggil membuat persembaha­n di karnival.

Katanya, adiknya yang juga murid pendidikan khas dilahirkan dengan kekurangan fizikal termasuk kaki pendek tanpa lutut, selain memiliki satu buah pinggang dan lelangitny­a berlubang.

“Muhammad Syabil berkerusi roda sepanjang berada di sekolah. Walaupun serba kekurangan, dia berminat bermain bola sepak,” katanya.

 Nyanyian di FB ditonton lebih 50,000 pengguna

 ??  ?? MUHAMMAD Syabil menyanyika­n lagu Kumpulan Revolvers bertajuk Namun Ku Punya Hati tular sejak kelmarin.
MUHAMMAD Syabil menyanyika­n lagu Kumpulan Revolvers bertajuk Namun Ku Punya Hati tular sejak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia