Harian Metro

Makin ramai minat replika rumah Robiah

-

Alor Gajah: “Alhamdulil­lah, Allah murahkan rezeki saya,” kata ibu tunggal, Robiah Jantan, 56, yang menyara hidup keluarga dengan membina replika rumah selepas suaminya menghilang­kan diri sejak lebih tiga tahun lalu.

Menurut Robiah, sebuah replika rumah yang dihasilkan­nya sudah terjual dan lima lagi ditempah pelanggan selepas kisah kesempitan hidupnya disiarkan akhbar ini 2 Februari lalu.

“Terima kasih kepada Harian Metro kerana melaporkan penderitaa­n saya sekeluarga. Ada pembaca datang ke rumah saya untuk membeli replika rumah,” kata ibu empat anak berusia 15 hingga 18 tahun itu.

Katanya, sebuah replika berharga RM250 sudah dibeli seorang wanita dengan membayar RM300 sebagai sedekah.

Menurutnya, sejak berita penderitaa­nnya disiarkan akhbar ini, bantuan barangan makanan dan wang tunai turut disumbangk­an Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara serta individu yang prihatin.

“Ada lima pelanggan yang sudah membuat bayaran pendahulua­n RM100 untuk membeli replika rumah yang saya hasilkan.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang sudi membeli hasil kerja saya dengan niat untuk membantu itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Langsat, Tanjung Bidara, semalam.

Selain menerima upah bulanan RM320 dengan membersihk­an surau berhampira­n kediamanny­a, Robiah turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua anaknya, lelaki berusia 15 tahun dan perempuan 17 tahun belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah manakala anak lelaki berusia 18 tahun dan perempuan yang juga berusia 18 tahun menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Robiah membina replika diperbuat daripada kayu dan zink terbuang sebagai sumber pendapatan tambahan akibat dihimpit kemiskinan.

 ??  ?? ROBIAH bersedia menjual rumah mini yang dihasilkan­nya daripada bahan terbuang di Kampung Bukit Langsat, Tanjung Bidara.
ROBIAH bersedia menjual rumah mini yang dihasilkan­nya daripada bahan terbuang di Kampung Bukit Langsat, Tanjung Bidara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia