Harian Metro

Sebulan aje dah RM47.1 juta

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Kastam komited perangi kegiatan haram penyeludup arak, rokok

Biarpun baru sebulan, lebih RM47.1 juta rokok seludup dan minuman keras termasuk cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Itu bukti keseriusan JKDM dalam memerangi kegiatan penyeludup­an yang jelas ‘mencuri’ hasil negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan/Pematuhan) JKDM, Datuk Azimah Abd Hamid berkata, pihaknya akan terus komited dalam memerangi kegiatan penyeludup­an dua komoditi terbesar itu.

Katanya, pihaknya kini mempergiat­kan lagi usaha membantera­s kegiatan penyeludup­an rokok dan minuman keras di seluruh negara.

“Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak dalam isu ini yang jelas merugikan pendapatan negara,” katanya mengakui, 2018 sebagai tahun mencabar bagi JKDM dalam memerangi kegiatan penyeludup­an terutama di kawasan sempadan seluruh negara.

Menurut Azimah, pindaan rang undang-undang baharu yang membabitka­n hukuman mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang berkuatkua­sa 2 Januari lalu bakal menyaksika­n transforma­si buat agensi berkenaan dalam menangani penyeludup­an rokok dan minuman keras.

“Hentikan aktiviti penjualan rokok dan minuman keras tidak sah atau berdepan dengan penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau hukuman dengan minimum RM100,000. Itu amaran JKDM kepada semua pemilik outlet dan peniaga yang masih berdegil,” katanya.

Untuk rekod, pindaan Seksyen 135 (1) (i) kini memperuntu­kkan hukuman lebih berat iaitu bagi kesalahan pertama, penalti denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM50,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berulang, penalti denda tidak kurang 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak lebih 40 kali ganda amaun duti kastam atau RM1 juta mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya. Kerajaan perlu memandang serius trend penurunan mendadak jumlah kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Kementeria­n Sumber Manusia di Institusi Latihan Kemahiran

Swasta (ILKS).

Pengerusi Gabungan Institut Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB), Nordin Abdul Malek berkata, walaupun trend tersebut mula terlihat pada 2016, namun penurunan ketara berlaku pada 2018 dan dijangka semakin menurun tahun ini.

Menurutnya, ia bukan saja memberi kesan kepada IPTS termasuk yang bertaraf universiti dan kolej universiti tetapi juga memberi impak kepada akses pendidikan rakyat tempatan dan kesan ekonomi kepada negara. - BERNAMA

 ??  ?? AZIMAH (dua dari kiri) dan pegawai JKDM bersama hasil rampasan rokok seludup.
AZIMAH (dua dari kiri) dan pegawai JKDM bersama hasil rampasan rokok seludup.
 ?? Azimah Abd Hamid ?? ANTARA minuman keras seludup yang dirampas JKDM. Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak dalam isu ini yang jelas merugikan pendapatan negara”
Azimah Abd Hamid ANTARA minuman keras seludup yang dirampas JKDM. Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak dalam isu ini yang jelas merugikan pendapatan negara”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia