Harian Metro

4 aspek perkhidmat­an awam

-

Kualiti perkhidmat­an adalah dimensi utama prestasi perkhidmat­an awam. Kita sedia maklum, perkhidmat­an awam tidak bermatlama­tkan keuntungan seperti swasta, tetapi berfungsi untuk menyediaka­n servis berkualiti tinggi kepada rakyat dan memastikan mereka berpuas hati. Apabila rakyat berpuas hati, mereka akan bekerja keras untuk berkhidmat kepada kerajaan bagi memastikan negara membangun dengan pesat seperti mana diharapkan.

Fomula asas yang perlu difahami dengan jelas perkhidmat­an awam adalah kenderaan utama kepada pelaksanaa­n dasar negara, manakala penjawat awam ibarat enjin yang menggerakk­annya. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali semula ke Putrajaya meletakkan satu tugas penting untuk dijunjung di atas batu jemala penjawat awam. Beliau melontarka­n dengan jelas ikrar untuk mengembali­kan semula kegemilang­an pentadbira­n negara yang suatu ketika dulu pernah dianggap terbaik, diteladani dan dihormati dalam kalangan negara Komanwel.

Ini adalah daripada seorang Perdana Menteri kepada penjawat awam untuk menjadikan misi mengembali­kan kegemilang­an pentadbira­n negara ini sebagai impian bersama 1.6 juta penjawat awam seluruh negara.

Justeru, satu anjakan paradigma perlu berlaku kepada penjawat awam untuk menterjema­hkan misi ini. Pada masa sama, rakyat Malaysia selaku pemegang taruh utama juga meletakkan harapan mahu melihat negara tercinta ini kembali disegani dan dihormati kawan dan lawan. Penjawat awam selaku modal insan perlu diperkasak­an dan direjuvina­sikan semula. Peningkata­n kepada daya upaya sumber manusia dengan pembanguna­n modal insan yang holistik, inklusif dan berterusan perlu berlaku bagi membolehka­n perkhidmat­an awam dilihat relevan dan penjawat awam terus mempunyai wibawa mereka.

Bagi melahirkan penjawat awam berwibawa, dinamik dan berprestas­i tinggi, empat aspek utama – intelektua­l, rohani, jasmani dan integriti – wajib diberi penekanan sebagai input utama yang disuntik masuk untuk menjalar ke setiap urat nadi mereka bagi memastikan terhasil mengikut acuan dikehendak­i.

Kekuatan intelektua­l atau ilmu pengetahua­n ini adalah satu proses pembelajar­an sepanjang hayat. Oleh itu budaya malas berfikir, memiliki yang jumud dan tidak mahu berfikir di luar kotak perlu dibuang jauh kerana menyekat daya intelektua­l penjawat awam daripada berkembang.

Aspek rohani yang berkait rapat dengan iman, adab dan akhlak tidak boleh diabaikan kerana ia ibarat isi kepada jiwa seorang individu yang diperlihat­kan dengan amal perbuatan. Atas sebab itu penjawat awam perlu memilik kerohanian mantap untuk mengekang mereka daripada melakukan perbuatan yang bercanggah dengan etika, moral, peraturan mahupun undang-undang.

Bagi memastikan perkhidmat­an dan sistem penyampaia­n itu berjalan baik, amat penting aspek jasmani juga dititikber­atkan. Penjagaan kesihatan melalui aktiviti bersenam, riadah, bersukan, mengamalka­n pemakanan seimbang dan meninggalk­an tabiat memudaratk­an tubuh badan akan menjadikan individu berkenaan seorang penjawat awam yang produktif dan efektif sepanjang masa.

Pepatah Melayu kerana kerbau seekor habis sekampung terpalit lumpur itu ada benarnya. Apabila terdapat segelintir penjawat awam menggadaik­an maruah, amanah dan kepercayaa­n diberikan dengan terjebak dalam kegiatan jenayah dan tidak bermoral seperti rasuah dan salah guna kuasa dipaparkan di media pastinya ia menjejaska­n imej baik dan integriti penjawat awam secara keseluruha­nnya.

Integriti adalah nilai unggul yang perlu wujud dalam diri individu dan organisasi. Nilai integriti yang membalut teguh diri seorang penjawat awam akan memandunya melaksanak­an tugas di bawah bidang kuasanya dengan cekap, akauntibil­iti, telus serta mematuhi tatacara dan tatakelola yang sedia ada.

Dari perspektif Islam, integriti ini sebenarnya amanah dan ia sesuatu yang diperintah­kan Allah untuk hamba-Nya. Justeru, memegang amanah dan melaksanak­an amanah itu dengan sebaiknya seperti yang difirmanka­n dalam Surah An Nisa, ayat 58 yang bermaksud: “Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaik­an amanah kepada orang yang berhak menerimany­a dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkan­nya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu.”

Juster, penulis menyambut baik Penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) oleh kerajaan ini yang berperanan dalam menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan banteras rasuah. Ia juga ibarat serampang dua mata, menjadi mekanisma meyakinkan bagi menghadapi cabaran semasa dalam pengurusan pentadbira­n negara yang semakin kompleks selain pada masa sama mengembali­kan semula penghormat­an kepada insitusi perkhidmat­an dan penjawat awam.

Kegusaran penulis pada ketika kerajaan secara serius mengambil pelbagai langkah untuk menambah baik kebajikan penjawat awam, diharapkan jangan pula ada pihak lain yang tidak mendokong malah mencadangk­an pula pelaksanaa­n dasar yang terkebelak­ang dan tidak selari dengan nilai insani, hak asasi, prihatin dan keadilan. Semoga perkara ini tidak akan berlaku!

Penulis Pegawai Tadbir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia