Harian Metro

Kelebihan Surah Al-Mulk

-

bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalny­a daripada diseksa.

Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolonga­n daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menungguny­a selepas itu.

Maka, Nabi SAW mengajarka­n kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirka­n kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumk­an perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Sebagaiman­a diriwayatk­an oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakall­azi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.

Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhira­n yang buruk.

Abu Darda berkata,

“Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabka­n aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarny­a, individu yang ketawa

 Pengamalny­a dilindungi daripada seksaan di dalam kubur

terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepadanya atau memurkainy­a dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalka­n satu doa bagi memohon perlindung­an dan azab kubur iaitu bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.” (Hadis Riwayat Muslim)

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ?? AMAL soleh yang kita lakukan di dunia menjadi pelindung di alam barzakh umpama bulan menerangi kegelapan malam.
AMAL soleh yang kita lakukan di dunia menjadi pelindung di alam barzakh umpama bulan menerangi kegelapan malam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia