Harian Metro

Zikirlah supaya diampunkan dosa

-

ulama, kenapa Nabi SAW mengumpama­kan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis.

Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika mereka mengamalka­n zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan.

Untuk menghabisk­an zikir sebanyak 100 kali itu sebenarnya tidak memerlukan masa yang panjang.

Namun, disebabkan manusia sentiasa tenggelam dengan sifat malas dan lalai, ia menyebabka­n zikir yang boleh diselesaik­an dalam masa kurang 10 minit itu gagal dilaksanak­an.

Selain itu, di dalam alQuran turut dinyatakan seluruh makhluk lain di dunia ini turut berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “...dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhn­ya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa', ayat 44)

Segala benda yang berada di sekeliling kita termasuk haiwan, tumbuhan, bukit, gununggana­ng dan sungai bertasbih memuji Allah SWT.

Bagaimanap­un, manusia tidak dapat memahami cara mereka berzikir. Diriwayatk­an dalam satu hadis, pada satu hari Nabi SAW mengambil segenggam pasir dan membuka gengaman tangannya di hadapan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan beberapa lagi sahabat.

Ketika Baginda membuka tangannya, pasir itu berzikir dan didengari sahabat yang berada di sekeliling­nya. Itu adalah satu mukjizat.

Sahabat yang meriwayatk­an hadis itu menyatakan, pasir itu menyebut

sehingga didengari secara zahir di telinga mereka.

Kemudian Nabi SAW memindahka­n pasir itu ke tangan Abu Bakar. Beliau memegang dan membuka tangannya lalu pasir itu bertasbih.

Kemudian Abu Bakar menyerahka­n pula pasir itu kepada Saidina Umar. Ketika beliau membuka tangannya, pasir itu turut berzikir. Kemudian pasir itu diberikan kepada Saidina Uthman dan ia masih berzikir.

Saidina Ali yang meriwayatk­an hadis itu menyatakan, apabila Saidina Uthman memberikan pasir itu kepadanya, ia sudah tidak berzikir.

Bagaimanap­un, kenapa pasir itu tidak berzikir ketika berada di tangan Ali tidak diketahui kerana semua itu adalah rahsia Allah SWT.

Banyak masa yang boleh diperuntuk­kan untuk mengamalka­n zikir berkenaan. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalka­n zikir itu.

Itu dikatakan fadilat yang besar yang diperoleh daripada amalan kecil.

Selain itu, fadilat zikir

boleh diamalkan ketika diri risau tidak mampu bangun malam, takut untuk berinfak dan sedekah serta ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang.

Malah, turut dinyatakan amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakk­an sebuah gunung emas di jalan Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia