Harian Metro

Mohon permudah untuk ahli

-

Kuala Lumpur: Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutua­n (PPPKMWP) bersetuju cadangan tapak Bazar Ramadan dipindahka­n dari Masjid India ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, dengan syarat urusan permohonan bazar dipermudah­kan khusus untuk ahli persatuan berkenaan.

Yang Dipertua PPPKMWP Datuk Mohamad Abdullah berkata, pihaknya berharap semua tapak bazar Ramadan (tapak tradisi)diuruskan persatuan penjaja dikekalkan kepada mereka seperti mana tahun sebelumnya.

Beliau berkata, proses permohonan bazar Ramadan hendaklah dibuat secara manual dengan cara mengisi borang dan bukan secara dalam talian kerana menyusahka­n ahli persatuan yang kebanyakan warga emas.

“Persatuan menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lagi meluluskan penganjura­n tapak bazar Ramadan sekiranya kami berpindah ke tapak baru di Jalan TAR.

“DBKL tidak boleh membenarka­n individu, pemilik premis dan penyewa premis di sekitar kawasan Jalan Masjid India menganjurk­an tapak bazar Ramadan.

“Bagi melancarka­n perjalanan bazar Ramadan tahun ini, pihak kami mengemukak­an empat cadangan berkenaan untuk pertimbang­an Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad,” katanya pada sidang media di hadapan pusat beli-belah KL SOGO, Jalan TAR di sini, semalam.

Mohamad berkata, pada dasarnya, empat cadangan itu yang dikemukaka­n boleh diterima dan beliau (Khalid) berjanji membawa perkara ini untuk berunding dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam usaha untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Namun apa yang mengecewak­an kami, DBKL mengeluark­an kenyataan pada 13 Februari lalu yang bercanggah dan tidak berpandu kepada hasil laporan perbincang­an antara kami dengan menteri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia