Harian Metro

Bentang RUU kesalahan mengintai

-

Kuala Lumpur: Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainy­a dijangka dibentang di Parlimen Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, dokumen penting berkaitan RUU berkenaan diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujua­n dan kelulusan.

“Saya kini meneliti draf rang undang-undang tersebut yang siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguha­n, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidanga­n (Parlimen) Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kami melihat kemungkina­n Julai dan Oktober.

“Ia boleh dibuat cepat sekiranya semua kertas berkaitan siap. Ini adalah rang undang-undang mengenai

mengintai dan menghendap,” katanya kepada wartawan di luar persidanga­n Rantau Asia Kepimpinan Politik Wanita: Mewujudkan Perubahan Positif di bangunan Parlimen, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini pihak berkuasa perlu bergantung kepada undang-undang berkaitan ugutan jenayah atau serangan yang di bawah undang-undang berkenaan, pesalah perlu menyentuh, mengugut dan menyerang mangsa terlebih dahulu sebelum tindakan boleh diambil terhadapny­a manakala mangsa pula perlu mengemukak­an klip video sebagai bukti kesalahan jenayah berlaku.

“Kadangkala apabila wanita dikejar, dia tidak dapat rakam, jadi dia datang kepada polis dan polis kata tidak ada keterangan kukuh untuk mengambil tindakan. Dia akan kata, adakah dia sentuh, tidak ada. Adakah dia pukul kamu, tidak ada. Tetapi kamu tahu apabila kamu kena intai atau hendap, ketakutan kamu dalam fikiran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia