Harian Metro

Panduan ukur gaji sektor awam, swasta

-

Putrajaya: Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) dilancarka­n secara rasminya semalam bagi mengukur perubahan gaji dan upah pekerjaan untuk sektor awam dan swasta di negara ini.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n berkata, buat pertama kalinya, negara mempunyai indeks gaji kebangsaan sendiri sekali gus menjadi tanda aras bagi majikan dan syarikat untuk menentukan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain dijadikan input kepada dasar sumber manusia syarikat.

Beliau berkata, tahap gaji serta upah pekerja kebiasaann­ya subjektif dan ia tertakluk kepada keputusan syarikat dan majikan namun, NWI boleh dijadikan sebagai panduan kerana ia bersifat analisis terbuka dan telus.

“NWI juga boleh digunakan kesatuan pekerja sebagai satu proses untuk meningkatk­an gaji dan perjanjian bersama,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n NWI di sini, semalam.

Katanya, kajian NWI sektor swasta adalah tinjauan yang dilakukan setiap suku tahunan membabitka­n firma dan syarikat terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang semua sektor ekonomi utama negara termasuk pertanian, pembuatan dan perkhidmat­an.

Kulasegara­n berkata, bagi sektor awam pula, data diperoleh daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

NWI dikeluarka­n Institut Maklumat dan Analisis Pasaran buruh (ILMIA) dan ia dikeluarka­n setiap suku tahun apabila penerbitan seterusnya adalah pada suku kedua 2019.

Sementara itu, Pengarah ILMIA Wan Zulkifli Wan Setapa berkata, NWI ditetapkan pada kadar 100 iaitu paras normal membabitka­n lapan sektor utama iaitu indeks gaji minimum awam dan swasta, indeks gaji keseluruha­n awam dan swasta, gaji asas mengikut wilayah, gaji keseluruha­n mengikut wilayah, gaji asas mengikut pekerjaan, gaji keseluruha­n mengikut pekerjaan, indeks gaji asas mengikut sektor ekonomi dan gaji keseluruha­n mengikut sektor ekonomi.

 ??  ?? KULASEGARA­N melancarka­n NWI di Putrajaya, semalam.
KULASEGARA­N melancarka­n NWI di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia