Harian Metro

Pengundi mula buat pilihan calon

-

yang suka membantu insan yang memerlukan secara percuma.

Aktivis masyarakat dan ahli perniagaan itu menyediaka­n perkhidmat­an ambulans kepada mereka yang memerlukan dengan bayaran sangat serendah iaitu 10 sen sehingga digelar ‘Lelaki 10 sen’.

Pakcik Kentang juga menawarkan perkhidmat­an van jenazah dengan bayaran RM1, sewa rumah RM1 sehari dan pelbagai bantuan lain kepada orang ramai yang memerlukan bantuan.

“Saya masuk bertanding bukan untuk berpolitik, tapi untuk membantu orang susah.

“Jangan kata saya ini ditaja. Apa anda ingat selama puluhan tahun saya bekerja, saya tiada wang hendak bayar deposit sebagai calon?” katanya.

Berikutan keikhlasan­nya, Kuan kini termasuk dalam senarai calon pilihan pada PRK Semenyih.

“Letihlah politik-politik ini. Pilih orang politik asyik kena tipu saja, tak tunaikan janji, baik pilih Pakcik Kentang yang ada rekod bantu orang susah,” kata seorang pengundi ketika ditemui, semalam.

Turut bersependa­pat seorang peniaga kuih-muih yang berkata, ada dalam kalangan rakannya sudah berkira-kira untuk memangkah Pakcik Kentang.

“Apa salahnya beri dia peluang. Lagi pun dia ada rekod, bukannya calon yang muncul entah dari mana,” katanya.

Itu pandangan mereka sebagai pengundi. Tetapi yang menariknya tahap keyakinan Kuan apabila hanya memulakan kempennya semalam selepas berada di luar negara selama beberapa hari selepas hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Dalam kesungguha­n calon lain berkempen siang dan malam sejak hari pertama kempen, Kuan selamba saja berlepas ke luar negara.

Apapun, tempoh kempen masih panjang, berbaki 10 hari lagi sebelum hari mengundi pada 2 Mac depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia