Harian Metro

‘Takkan nak usung ibu minta bantuan’

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

 Pengundi harap bakal calon permudah bantuan kepada asnaf

Masyarakat asnaf di Semenyih berharap kerajaan tidak menetapkan syarat yang bukan-bukan termasuk membawa warga emas yang terlantar sakit sebagai bukti mereka memerlukan bantuan.

Suri rumah, Azizah Adnan, 59, berkata, dia berharap wakil rakyat baharu yang dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac depan dapat mempermuda­hkan urusan bantuan kepada golongan berkenaan.

Azizah yang menjaga ibunya, Tijah Ibrahim, 81, mengakui keadaan itu menyebabka­n dia tidak mendapat sebarang bantuan kerajaan termasuk daripada Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak ibunya terlantar sakit tiga tahun lalu.

“Hasrat saya memohon bantuan terbantut apabila agensi berkenaan menetapkan syarat yang bukan-bukan termasuk membawa ibu yang terlantar sakit sebagai bukti memerlukan bantuan.

“Ibu sudah terlantar sakit begini, takkan saya nak usung dia naik turun tangga ke agensi terbabit untuk merayu bantuan.

“Saya tak akan buat sampai ke tahap itu kerana kasihan ibu yang tidak berdaya, nak bergerak pun dia terpaksa merangkak.

“Ada rezeki saya adalah. Saya sendiri sanggup berhenti kerja kilang bergaji RM900 sejak tiga tahun lalu untuk jaga ibu,”’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Indah PKNS, Batu 26, Beranang.

Terdahulu, dia menerima kunjungan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zailani dan jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengadakan kunjungan mesra dan program gotong-royong di tiga rumah asnaf.

 ??  ?? MUHAMMAD Aiman bertanya sesuatu kepada Tijah di Taman Indah PKNS Batu 26, Beranang.
MUHAMMAD Aiman bertanya sesuatu kepada Tijah di Taman Indah PKNS Batu 26, Beranang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia