Harian Metro

‘Jangan berseorang­an, bawa isteri sekali’

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

“(Masa itu) adalah budak-budak ikut jerit bossku, bossku, bossku.

“Saya cadang kalau boleh (Najib) jangan naik seorang. Bawa yang seorang lagi itu (Rosmah). Jangan jalan seorang-seorang. Bolehlah dia bonceng di atas motor,” katanya yang mengundang ketawa hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 200 hadirin sempena ceramah PH di Kampung Rinching Hilir di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

empat hari berkempen, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih (DUN) Semenyih sudah mula membuat pilihan calon masing-masing yang akan dipangkah pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) itu pada 2 Mac depan.

Sedia maklum dalam kalangan lebih 54,000 pengundi DUN itu, ada yang sedia tegar mengikut parti yang bertanding. Yang PH mempunyai pengundi tegarnya, BN juga memperoleh bonus dengan pertambaha­n pengundi PAS manakala PSM pula mempunyai pengikut tradisinya di kawasan berkenaan, cuma calon bebas yang belum dapat dipastikan sokongan diperoleh nanti.

Yang menjadi tumpuan jentera kempen kini ialah pengundi atas pagar serta pengundi yang mahu kembali kepada parti pilihan asal mereka pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berdasarka­n pecahan pengundi mengikut kaum, pemilih Melayu adalah yang terbesar seramai 36,859 (67.63 peratus) diikuti Cina (9,034/16.58 peratus), India (7,577/13.9 peratus), Bumiputera Sabah (182/0.33 peratus), Bumiputera Sarawak (127/0.23 peratus), Orang Asli (289/0.53 peratus) dan lain-lain (435/0.80 peratus).

Tapi jangan terkejut peluang masih terbuka apabila dalam kalangan pengundi sudah ada yang berkira-kira mahu memilih calon ‘bukan pilihan’ yang bertanding bebas iaitu Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Pakcik Kentang.

Pakcik Kentang menjadi popular selepas beliau menyediaka­n perkhidmat­an dalam usahanya sesama insan tanpa mengira kaum dan agama.

Lelaki Tionghua berasal dari Batu Pahat, Johor itu terkenal berikutan sikapnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia