Harian Metro

Pelajar nyaris diculik tiga lelaki

-

Batu Gajah: Seorang pelajar berusia 13 tahun didakwa hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika berjalan pulang dari sekolah di hadapan simpang masuk Taman Tualang, Jalan Kampar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berjalan pulang dari sekolah dipercayai dihampiri sebuah Proton Waja dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, seorang daripada lelaki itu yang duduk di sebelah kiri tempat duduk belakang membuka pintu kereta dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan itu.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudian bertindak menepis tangannya sebelum melarikan diri pulang ke rumah.

“Mangsa tidak cedera atau kerugian dan hasil siasatan mendapati jarak lokasi kejadian dengan sekolah adalah kira-kira 600 meter.

“Tiada saksi yang melihat kejadian itu dan lokasi berkenaan juga tiada premis perniagaan atau rumah serta tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad Adnan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 363 dan 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menculik.

Sementara itu, mengenai dakwaan satu lagi dakwaan mengenai seorang murid sekolah rendah di sini, yang hampir diculik tular di media sosial, Ahmad Adnan berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

 ?? Ahmad Adnan Basri ?? Mangsa tidak cedera atau kerugian dan hasil siasatan mendapati jarak lokasi kejadian dengan sekolah adalah kira-kira 600 meter”
Ahmad Adnan Basri Mangsa tidak cedera atau kerugian dan hasil siasatan mendapati jarak lokasi kejadian dengan sekolah adalah kira-kira 600 meter”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia