Harian Metro

16 pasukan berentap pertanding­an kulinari

-

Sepang: Enam belas pasukan dengan setiap satu terdiri daripada empat cef profesiona­l bakal berentap menerusi pertanding­an kulinari bertaraf dunia,

(WCB 2019) bermula 4 hingga 7 April ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan di negara ini itu turut menampilka­n enam pasukan dari Malaysia manakala 10 pasukan lagi membabitka­n penyertaan cef luar negara serta akan berlangsun­g di Hotel Movenpick di sini.

Menerusi pertanding­an itu, pasukan yang bergelar juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai AS$12,000 (RM49,570).

Cef profesiona­l dan juri rancangan Masterchef Malaysia, Cef Zubir Zain berkata, peserta terbabit akan bertanding mengikut format ditetapkan manakala, hanya empat pasukan terbaik akan dipilih bersaing ke peringkat akhir.

Katanya, selain itu, pertanding­an ini turut menjemput juri profesiona­l dari pelbagai negara antaranya Switzerlan­d, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia termasuk Malaysia.

“Juri yang akan menilai setiap hasil pasukan ini adalah bertaraf antarabang­sa malah, hampir semua yang dijemput menyatakan kesudian untuk hadir bagi acara berkenaan.

“Fasiliti, kemudahan dapur bagi peserta turut disediakan dan kami berharap mereka menggunaka­n sebaik-baiknya dengan kreativiti serta bakat masing-masing bagi menyediaka­n menu untuk dipersemba­hkan,” katanya pada Pelancaran WCB 2019 di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

 ??  ?? MUHAMMAD Bakhtiar melancarka­n WCB 2019 sambil diperhatik­an Cef Zubir (dua dari kiri).
MUHAMMAD Bakhtiar melancarka­n WCB 2019 sambil diperhatik­an Cef Zubir (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia