Harian Metro

Rashid jadi Mike Benny

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

Terpengaru­h dengan budaya Barat dan sifat mahu mencuba yang tinggi menyebabka­n bekas penagih dadah, Mohd Rashid Bani, 58, pernah terjerumus ke lembah hina itu.

Menceritak­an kembali detik hitam itu, bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini berkata, semuanya bermula ketika dia memasuki alam persekolah­an dan remaja pada 1980-an.

“Ketika itu saya digelar ‘Bani Israel’ malah saya sendiri dengan rela hati tukar nama kepada Mike Benny kononnya mahu nampak kebaratan.

“Saya juga terlalu memandang rendah kepada budaya Melayu sehingga menganggap ia kuno. Saya juga pernah memandang serong terhadap lelaki berpakaian baju Melayu dan wanita bertudung kerana menganggap ia ketinggala­n zaman,” katanya.

Mohd Rashid berkata demikian ketika ditemui pada Hari Terbuka Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Klinik Cure & Care di Sungai Besi di sini, semalam.

Menurutnya, bekalan dadah mudah diperoleh ketika itu kerana ia sentiasa ada selain permintaan tinggi.

“Ibu bapa kahwinkan saya pada usia muda kerana mahu mengubah diri saya. Tetapi selepas berkahwin, kehidupan menjadi lebih teruk.

“Pada 1993, saya tertangkap ketika serbuan dan dipenjara lapan bulan di Pusat Serenti Tampin, Negeri Sembilan.

“Selepas dibebaskan, timbul kesedaran dalam diri untuk berubah menjadi insan dan contoh yang baik kepada anak.

“Bermula saat itu, saya tekad dan berjanji mahu berubah menjadi ayah lebih baik dan suami yang bertanggun­gjawab kepada keluarga,” katanya.

Selepas dibebaskan dari Pusat Serenti Tampin, Rashid bekerja sementara sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Mengakui masih ada sisa ketakutan kembali kepada dadah, dia menyerah diri di Klinik Cure & Care Sungai Besi (sebelum ini dikenali sebagai PERSADA) pada 1998 untuk menjadi sukarelawa­n.

“Saya secara sukarela memasuki Klinik Cure & Care Sungai Besi selama lima hingga enam bulan. Selepas keluar saya bekerja di Genting Hihgland.

“Akibat takut dan tidak kuat dengan cabaran luar, saya kembali ke Klinik Cure & Care selama dua tahun di bawah pengawasan

 Bekas penagih cerita detik hitam cuba dadah akibat terpengaru­h budaya Barat

AADK hingga benar-benar bebas najis dadah sehingga sekarang,” katanya.

 ??  ?? KETUA Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) dan Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) melawat pameran pada Hari Terbuka AADK di Klinik Cure & Care di Sungai Besi, semalam.
KETUA Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) dan Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) melawat pameran pada Hari Terbuka AADK di Klinik Cure & Care di Sungai Besi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia