Harian Metro

Cadang naik elaun RELA

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk menaikkan kadar elaun bertugas bagi pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) selewat-lewatnya tahun depan selepas ia kali terakhir dikaji tujuh tahun lalu.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mencadangk­an kadar elaun bertugas bagi pegawai RELA dinaikkan kepada RM9.80 sejam manakala, bagi anggota pula dinaikkan kepada RM8 sejam.

Beliau berkata, kementeria­n melihat ada asas untuk menaikkan kadar elaun bertugas itu dengan mengambil kira kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

“RELA memperuntu­kkan RM14 juta setahun bagi kadar elaun bertugas itu dan kementeria­n memohon tambahan RM10 juta lagi daripada Kementeria­n Kewangan bagi tambahan kadar elaun itu.

“Saya fikir kadar itu tidak terlalu melampau dan boleh diusahakan. Malah, saya sendiri akan menghantar surat sokongan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan berharap dapat diluluskan.

“Kalau dapat diluluskan tahun ini pun bagus tapi kalau tak boleh disebabkan bajet sudah diluluskan maka, kita minta ia dapat dilaksanak­an tahun depan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan Ulang Tahun RELA ke-47 Peringkat Kebangsaan 2019, di sini, semalam.

Katanya, kementeria­n sentiasa prihatin terhadap kebajikan anggota RELA di seluruh negara kerana pada masa ini, anggota RELA yang bertugas dan menghadiri latihan dibayar elaun sebanyak RM6 sejam (anggota biasa) dan RM7.80 sejam bagi pegawai.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau menyambut baik kenyataan dibuat Ketua Pengarah Pesuruhjay­a RELA Zulkifli Abidin supaya peranan dan skop kerja RELA diperluask­an lagi pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia