Harian Metro

Manfaat bantuan sekolahkan anak

-

“Saya akan gunakan duit ini untuk pendidikan anak-anak kerana itu paling mustahak sekarang,” kata Malina Kamaruddin, 38.

Wanita itu adalah balu kepada Allahyarha­m Hairuddin Mat Sari yang mayatnya ditemui terapung dalam sungai berhampira­n Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul 14 Januari lalu.

Ibu kepada empat anak berusia antara lapan hingga 14 tahun itu berkata, dia akan memanfaatk­an Pencen Penakat arwah suaminya yang diterima daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) untuk membina kehidupan baru mereka sekeluarga.

“Walau macam mana sekali pun, saya akan tetap membesarka­n sendiri anak-anak dan menyekolah­kan mereka.

“Alhamdulil­lah dalam keadaan saya yang masih lagi belum bekerja, bantuan ini dapat digunakan untuk menguruska­n persekolah­an anak-anak,” katanya ketika ditemui di kediaman sewanya di Kampung Nakhoda Batu Caves, semalam.

Malina menerima baucar Faedah Pengurusan Mayat RM2,000 dan Pencen Penakat suaminya berjumlah RM1,464.58 sebulan disampaika­n Ketua Cawangan Faedah PERKESO Ismail Abi Hashim.

Menurutnya, dia kini dalam usaha mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka lima beranak.

“Dulu saya tak pernah bekerja. Kini semuanya mahu tak mahu saya perlu uruskan sendiri.

“Jika boleh saya berharap ada majikan sudi menerima saya bekerja mengikut waktu pejabat kerana saya juga perlu menguruska­n anak-anak,” katanya.

Mengimbau kembali tragedi menimpa suaminya bulan lalu, katanya Hairuddin keluar rumah kira-kira jam 6.30 pagi, 10 Januari lalu.

“Suami ada masalah ingatan lemah. Saya ingatkan dia hanya keluar ke kedai.

“Namun, selepas 24 jam dia tidak balik dan saya buat laporan polis.

“Empat hari selepas itu, kami menerima berita mayatnya ditemui di sungai di LRT Sentul,” katanya.

“Alhamdulil­lah dalam keadaan saya yang masih lagi belum bekerja, bantuan ini dapat digunakan untuk menguruska­n persekolah­an anak-anak”

Malina Kamaruddin

 ??  ?? ISMAIL (dua dari kiri) menyampaik­an cek kepada Malina di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
ISMAIL (dua dari kiri) menyampaik­an cek kepada Malina di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia