Harian Metro

Hargai jasa 33 tahun

- BERNAMA

 Jalil satu-satunya individu bergelar Datuk Seri daripada 200 penerima darjah kebesaran

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n (DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di Istana Negara.

Pada tahun ini, seorang individu dianugerah­kan Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri dan 27 Individu dianugerah­kan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 36 individu dianugerah­kan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 32 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah, 36 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jalil Marzuki mendahului senarai penerima dikurniaka­n Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau, yang berkhidmat selama 33 tahun dan bertanggun­gjawab menyelaras, memantau projek pembanguna­n mahkamah di seluruh Malaysia serta menyelia Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia adalah satu-satunya penerima SMW tahun ini.

Selain itu, Profesor Ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Harlina Halizah Siraj@Ramli yang juga pendakwah dikurniaka­n Darjah Kebesaran PMW membawa gelaran Datuk.

Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail pula dikurniaka­n Bintang JMW.

Empat atlet negara termasuk atlet akuatik terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, yang juga anak jati Kuala Lumpur turut diberi pengiktira­fan dengan dikurniaka­n AMW.

Pencapaian terbaik Nur Dhabitah apabila mendapat tempat kelima pada Sukan Olimpik, satu pingat perak dan dua gangsa pada Sukan Asia serta dua gangsa pada Sukan Komanwel dan pernah dinobatkan sebagai Olahragawa­ti Wilayah Persekutua­n 2017. Pembelajar­an fleksibel dengan menggalakk­an kanak-kanak berfikir, menganalis­is dan memberi keyakinan menjadikan

yang diterapkan ke dalam semua program

sebagai metodologi terbaik untuk kanak-kanak abad ke-21.

Pengarah Eksekutif Kumpulan

dan pengasas SRCTM® berkata, proses pembelajar­an harus dilihat sebagai sesuatu menyeronok­kan dan menarik seperti diharapkan setiap kanak-kanak apabila terjaga setiap hari.

Katanya, pendidikan tidak seharusnya menjadi pengukur prestasi kanak-kanak sebaliknya proses pembanguna­n itu harus diukur dari zaman

Selain Nur Dhabitah, tiga lagi atlet iaitu Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi dianugerah­kan pingat PPW.

 ?? FOTO: BERNAMA ?? AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah kepada Jalil di Istana Negara, semalam.
FOTO: BERNAMA AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah kepada Jalil di Istana Negara, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? MENERUSI sistem SRCTM, kanak-kanak di Smart Reader Kids lebih berkeyakin­an, lantang bersuara dan ekspresif secara individu.
MENERUSI sistem SRCTM, kanak-kanak di Smart Reader Kids lebih berkeyakin­an, lantang bersuara dan ekspresif secara individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia