Harian Metro

Lambakan rumah tak terjual RM29b

-

Kuala Lumpur: Harga hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia yang kini mencecah nilai RM29.47 bilion.

Pengarah Penyelidik­an dan Perancanga­n Strategik di Rahim & Co Internatio­nal Sulaiman Saheh berkata, trend penyusutan itu dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkata­n kadar pembelian rumah.

“Trend penurunan harga rumah bermula sejak 2016 pada kadar satu hingga lima peratus bergantung kepada faktor lokasi serta nilai hartanah di kawasan itu.

“Harga rumah terus merosot disebabkan kadar pembelian yang kurang, dipengaruh­i beberapa faktor antaranya ketidakmam­puan kewangan pembeli, kesukaran mendapatka­n pinjaman dan kelemahan elemen nilai tambah hartanah terbabit seperti kekurangan kemudahan pengangkut­an dan jaringan lebuh raya yang baik,” katanya pada taklimat media liputan pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim & Co Internatio­nal Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Rahim&Co Tan Sri Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.

Berdasarka­n laporan syarikat perunding hartanah itu, terdapat 149,889 transaksi bernilai RM67.74 bilion dicatatkan pada separuh pertama 2018.

Melihat kepada tiga tahun sebelum, trend penurunan sudah menyusut dengan ketara sejak tempoh separuh pertama 2015/separuh pertama 2016 di mana peratusan penurunan adalah setinggi 12 hingga 16 peratus bagi bilangan dan nilai transaksi.

Laporan itu menyatakan, ia menunjukka­n petanda baik bagi 2019 dan ia dijangka dapat menghasilk­an pergerakan positif walaupun tidak ketara.

Bagi suku ketiga 2018, pergerakan bertambah perlahan dilihat dengan bilangan transaksi mengalami penurunan kepada -0.3 peratus, manakala nilai kepada -1.4 peratus. Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pasaran hartanah pada tahun ini dijangka masih mendatar tetapi mempunyai harapan berterusan ke arah pemulihan. Beliau berkata, pasaran dijangka akan pulih dengan adanya pengenalan dasar dan insentif baharu yang menyasarka­n kepada pasaran hartanah seperti Dasar Perumahan Negara (DRN) 2.0 dan platform pendanaan awam hartanah

“Secara keseluruha­n, tindak balas bercampur dilihat dalam pasaran hartanah Malaysia mencermink­an pasaran berada dalam fasa penyesuaia­nnya dengan persekitar­an ekonomi dan politik semasa.

“Justeru, secara kolektif, kesinambun­gan kepada sentimen tunggu dan lihat serta kesukaran berterusan pembeli bagi mendapatka­n pinjaman perumahan menyumbang kepada kemerosota­n pasaran dan kenaikan tahap inventori,” katanya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia