Harian Metro

JOM BISNES DRON

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 MED saran usahawan tempatan ceburi industri masa depan

menghasilk­an kereta terbang ini dianggarka­n AS$300,000 (RM1.23 juta).

“Kereta terbang yang dibangunka­n ini boleh menempatka­n dua orang dan diterbangk­an sendiri. Saya sendiri akan mencuba kereta terbang ini dan demonstras­i dijangka tahun ini juga,” katanya selepas merasmikan Seminar Muamalat dan pelancaran Pelan Strategi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Sementara itu, MED turut mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjay­a Koperasi Malaysia 2007 bagi meningkatk­an sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, pindaan yang dibuat itu juga selari dengan hala tuju kerajaan dalam memastikan sektor koperasi kekal relevan dan kompetitif kepada pembanguna­n negara.

Katanya, pencapaian sektor koperasi sehingga Jun 2018 menunjukka­n perolehan mencapai sebanyak RM22.5 bilion, manakala aset berjumlah RM140.4 bilion dengan keanggotaa­n seramai 6.55 juta orang di seluruh negara.

“Pindaan ini akan dimuktamad­kan secepat mungkin kerana kita mahu memberi nilai tambah kepada sektor koperasi berikutan ia berpotensi besar menjadi penyumbang utama kepada KDNK negara.

“Jika kita lihat nilai sumbangan koperasi kepada KDNK pada masa ini berjumlah RM42 bilion dan disasarkan naik kepada RM50 bilion menjelang 2020. Namun saya mahu sektor koperasi dapat menyumbang kira-kira RM55 bilion.

“Koperasi perlu memberi fokus kepada penjanaan pendapatan daripada apa jua perniagaan yang dijalankan,” katanya.

 ?? Mohd Redzuan Yusof ?? Kereta terbang yang dibangunka­n ini boleh menempatka­n dua orang dan diterbangk­an sendiri. Saya sendiri akan mencuba kereta terbang ini dan demonstras­i dijangka tahun ini juga”
Mohd Redzuan Yusof Kereta terbang yang dibangunka­n ini boleh menempatka­n dua orang dan diterbangk­an sendiri. Saya sendiri akan mencuba kereta terbang ini dan demonstras­i dijangka tahun ini juga”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia